Jealousy through Facebook

Bismillahirahmanirahim...
Title dia bukan main. Omputeh tau. Haha. Nak bagi senang paham je senonye. Kita saja nak share cerita. Once in while kita rasa FB tu best sebab macam2 info boleh dapat. Macam2 cerita orang kongsi. But, lately ni kita rasa macam2. Dia bukan bosan tau. Tapi, satu perasaan yang kita panggil penyakit hati.

Cemburu.

Memang la kalau fikir. Ala..setakat jeles je bukan buat apa pun. Tapi, tanpa kita sedar dari cemburu tu jadi iri hati. Perasaan iri pulak ada kaitan dengan penyakit hati.

Macam kita sendirikan. Memandangkan kita ni keje sendiri. Bila tengok kawan yang saing2 kita lebih berjaya kita jadi jeles. Susah hati. Padahal kan Allah dah tentukan rezeki masing2. But, ya. That kind of feeling kadang2 ada dalam hati kita.

So, bagi mengelakkan segala perasaan buruk mengahantui diri kita. Baiklah kita lakukan sesuatu. Contohnye, kita hide segala update dia dari FB kita. Itu benda first sekali kita akan buat. Bila dah lama2 tu rasa macam FB ni stressfull sebab kat situ dah jadi tempat orang meluah perasaan dan masalah.

Eh eh..apasal kita kena ada dalam masalah dorang pulak nih. Hehe. Gitu la lebih kurang. So, kita pun amek keputusan untuk stop explore FB for about 1 month. No update and scroll the timeline for a while.

Boleh je pun takde Fb. Kita beralih ke instagram jela. Malangnya, bila tak bukak Fb banyak pulak benda tak tahu. Haha. Maklum la. Fb ni laju je berita2 viral nak keluar. Bila tak tahu tu. Orang cerita2, kita macam. Ha, apa tu. Tak tau laa. Hadoi laa.

Di sebalik segala rasa tak enak tu. Kita temui ketenangan dan lebih fokus pada diri sendiri. Takyah sibuk hal orang lain. Bukan ke itu lebih baik? Jadinye, it depends on korang la nak buat macam mana. Ikut mana yang selesa dan terbaik untuk korang ye.




Random thought 16

Bismillahirahmanirahim...
Satu malam sedang adik memotong kuku...

Adik: Benda ni(pengasah kuku) pun tak tajam kak rin.

Aku: Benda RM2 dik. What do you expect?

Adik: Pandang aku sambil tergelak-gelak.

Aku join gelak sekali sambil cakap.

Aku: Serious talk. Pasal pedicure set je pun. Hahah.

Adik: Entah. Ape la. Suka pulak dia.

😁

Sekian senda kakak adik di malam hari.


My skin care routine

بسم الله الرحمن الرحيم...
Bila omo makin meningkat ni la baru sedar betapa pentingnya jaga kulit muka. Dulu macam tak kisah sangat. Di sebabkan kerja kat rumah je pakai pelembap muka pun jarang sekali. Pulak tu since last year my skin face jadi a bit sensitive. Tiba2 gatal2 around bawah mata and timbul2 bila digaru. Dulu tak penah pun ada masalah macam ni.

Maybe di sebabkan faktor umur la kot. Nak ikut sejarah kulit muka kita ni. Alhamdulillah, Allah bagi kulit hitam manis yang takde banyak masalah. Pernah la during teenager phase muka penuh jerawat. Gelap berminyak. Time tu pakai la apa pun jerawat ko takkan hilang.

Masa tu ingat lagi. The first product yang memberi kesan baik pada my skin is shurah moisturizer susu kambing. Guna masa form 2 sampai habis sekolah kot. Not so sure. Bila pakai tu muka jadi cerah sikit la dari masa form 1. Untuk get rid all the pimples macam2 guna. Oxy punya pimple gel dengan clean and clear pore cleanser. Ha..nampak tak remajanya I time tu. Haha.

So, sejak study until now kita pakai Syahirah punya moisturizer and cleanser. Pernah stop kejap pelembap dia sebab dia tetiba tukar formula dari lembut and cair kepada likat like krim which means kita tak berapa suka. Tapi, sekarang guna balik with facial toner dia akan jadi ok.

Step kita jaga muka:
1- Cuci muka guna Syahirah cleanser ni untuk siang.
2- Once a week akan pakai egg peel off mask.
3- Pastu rose water toner
4- Lepas toner pakai Syahirah moisturizer pulak. (siang)
5- malam pulak akan cuci guna skrub Syahirah.
6- Rose water toner and rice emulsion.

Simple je sebenarnya. Nak kulit ala2 orang korea memang tak dapat la. Sangat salute dengan skin care routine dorang. Jenuh menepek sebelum tido. Nak kulit cantik punya pasal. Tak salah kita follow benda yang baikkan? Allah dah bagi pinjam tubuh badan ni kena la jaga elok2. Oh, beside jaga muka jangan lupa amek supplement jugak ye. Saya makan vitamin C aje. Tu pun sejak kulit sensitif tula.

Lastly, nak pakai produk apa pun make sure takde bahan bahaya dalam tu. Pakai ikut kesesuaian kulit kita. If nampak tak ok stop terus. Tak penting pun ada kulit putih yang penting kulit muka kita sihat. Tu dah cukup dah.

Orite itu saja untuk entri ni. 
P/s: Fyi, skin care kita guna semua produk tempatan uolls and make sure NO mercury inside ok.



Review Vivo Y55


Bismilahirahmanirahim...
The first smartphone yang kita pakai is Samsung. Tu jela yang mampu time orang mula galak guna smartphone kan. Setelah bertahun pakai dia pun mula buat hal. Walaupun time tu takde bajet nak beli  phone baru pun.

Terdesak punya pasal mula la survey handphone apa yang affordable and best selain samsung. Rasanya semua orang tau yang samsung punya bateri kualiti memang tak bagus. Phone pun senang panas bila lama guna.

Mula2 plan nak beli xiaomi redmi. Pastu review banyak kata if rosak susah nak betulkan. Pastu try survey oppo plak. Katanya gambo memang cantik. Tapi suka hank maybe sebab apps berat sangat. Pastu baru teringat brand vivo ni.

Banyak review yang bagus pasal brand vivo. At first, nak beli Y31 je. Asalkan internal 16gb ok la kan. Then, my sis kata upgrade sikit la since Y31 nampak boring. Hahah. So, dia suggest beli Y55.

Vivo Y55 ni baru je released september 2016. Kira latest model jugak la b4 V5 keluar. Apa yang bestnye?

- internal memory 16gb
- front camera ada flash
- gambar cantik n superb
- bateri yg tahan lama
- if tengok movie  1 jam lebih bateri just drop 10% aje
- ada fungsi easy touch. Just double tap screen 2x dah off screen.
- slide screen utk on screen. Takyah guna home button.
- just draw letter M utk play music G utk gmail F utk facebook.

And other function yang sebenarnya kita pun tak habis explore lagi. 😁

Dah guna Vivo Y55 ni almost 4month and tersangatlah puas hati dengan apa yang di offer. Shape yang cantik dn ringan dan harga berpatutan. Harga pasaran adalah RM799.

Ok. Tu aje. Thank u sudi baca. 😊


Officially Miss 29

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, beberapa hari lepas Allah beri izin sambut hari lahir yang ke 29. 29? 😨 Jangankan kata korang. Mak aku sendiri terkejut bila tengok angka 2 dan 9 tu yang muncul kat atas kek hari tu.

Maybe dari segi fizikal or luaran tak nampak aku ni bakal menginjak ke 3 series. Sebab tu macam tak kisah sangat. But, then of cause akan terfikir. 29 thn kau hidup apa aje yang dah kau achieve.

Kalau difikir secara mendalam memang akan rasa down la. Nak kata aku positif tak jugak. Tapi, aku harus percaya pada qada dan qadar Allah. Sejauh mana pun kita cuba dan usaha. Segala ketentuan tetap di tangan Dia.

Nak ke angka 3 ni mesti la akan hardly fikir soal kahwin. Klise la. Bosan pun ada sebab apesal nak kena fikir pasal ni. Sampai aku rasa aku ni nak sangat kahwin atas sebab apa. Kerana tuntutan agama ke, kerana Allah atau kerana nak nampak normal.

Normal?
Aku ni tak normal ke?

Tak normal la sebab umur nak 30 still tak kahwin and bergantung harap pada mak ayah. How pathetic my life now kan? 😆
But, the truth is bukan aku tak cuba cari. Masih belum masanya lagi. Kena sabar dan redha. Ni ujian dari Allah opkos.

Nak kahwin sebab nak nampak normal is so not good u know. Mak aku mesti risau pasal ni and risau lagi lambat kahwin lagi susah dapat anak. Tapi, siapa kita nak tentukan hal tu awal2. Sedangkan segala rahsia hidup kita Allah dah plan dari dalam rahim lagi.

So, be bless be happy to all single ladies out there. ✌😊