Antara Kau & Aku~ 5

12:11 AM Faz.M 0 Comments

Zarul merenung jauh ke tengah lautan. Dadanya berombak-ombak. Kejadian tadi telah membawanya sampai ke Danga Bay. Bayu laut lembut menampar wajahnya. Sambil mengangkat tangan ke atas dia menjerit sekuat hati. Mata-mata yang melihat tidak diendahkan. Hatinya terasa jijik dengan apa yang berlaku tadi. Terlayar dimatanya perbuatan Laila yang memeluk tubuhnya tanpa rasa bersalah. Dia benar-benar hairan dengan tingkah majikan tak jadinya itu. Sanggup dia mahu membayar harga diri Zarul dengan nilai seribu ringgit.
‘Dia ingat aku tak ada maruah ke? Dia ingat dengan duit, dia boleh dapat apa saja yang dia nak. No way! I’m not that kind of guy. You’ve mate the wrong person. Damn!’ Zarul menghentak tangan ke atas pasir.
Nokia E72 Zarul memekik melagukan Grenade dari Bruno Mars. Nombor tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbitnya. “Hello.” Zarul membuka bicara sejurus talian di sambut.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Zarul Fahmi.” Suara seorang gadis kedengaran di hujung talian. “Ya, saya Zarul Fahmi. Siapa ni?”
“Oh, can I call you Zarul?”
“Yes, please.”
“Begini. Saya dari Rizuan Razi Academy. Kami ada terima resume Zarul untuk jadi tenaga pengajar di sini. So, we would like to offer you that position. Can you come to our place on this date?”
Zarul yang mendengar melafaz syukur. Satu pergi ada rezeki lain yang bertandang. “Oh, boleh-boleh. May I know where I should go for the interview?” Zarul menyoal si pemanggil.
“I will give you an offer letter through your e-mail. That will have our address there.” Zarul mengangguk-angguk walaupun tahu si pemanggil tidak melihat perbuatannya itu.
“Thank you for calling me. Insyaallah saya akan ke sana mengikut tarikh yang diberitahu.” Tamat saja perbualan Zarul menarik nafas lega. Rasa syukur yang tak terhingga dengan kurniaan Allah buat dirinya. Senyuman mula terukir di wajahnya. Dia berharap dapat menempuh segala dugaan Allah dengan kekuatan dan ketabahan. Moga sinar kejayaan singgah di dalam hidupnya kelak. Zarul mengangkat punggung dan membersihkan pasir-pasir pantai di belakang seluar jeans lusuhnya. Langkah mula di atur ke motosikal yang di parkir berdekatan pohon kelapa yang terdapat di pantai yang merupakan perhiasan semata-mata. Pantai Lido hanya tempat laluan kapal-kapal. Sesiapa yang kepingin mandi di situ memang amat menghairankan bagi pandangan Zarul kerana air lautnya jelas menzahirkan kekotoran. Berderum motornya meninggalkan Danga Bay yang mula menginjak petang.
p/s: sedang cuba mencuri masa melengkapkan karya ini..Terima Kasih kpd siapa yg mengikuti.. :) 

0 orang bagi komen: