Antara Kau dan Aku~ 1

4:35 PM Faz.M 0 Comments


Zarul membuka balang kaca itu untuk kesekian kalinya. Kertas pelbagai warna yang dipotong bersaiz kecil tetap menjadi tatapan mata dan terus ke hati. Dia melepas keluhan berat. “Andai masa boleh diputar semula”, lafaz kata hati Zarul.
**********
“Irah, ada orang tengah interview dengan Kak Ila”, bisik Zana pada Athirah yang sedang leka menjahit manik pada baju pengantin. Athirah hanya mencuri pandang di sudut orang yang sedang di ‘interview’ itu.
“Aik, sejak bila pulak Kak Ila berminat ambil lelaki jadi staf butik dia ni?”. Athirah mula melempar tanya. Zana yang mula bertukar menjadi wartawan tak bertauliah itu asyik menjengah ke kawasan larangan.
“Entahlah Irah, aku pun pelik jugak ni. Tapi, aku macam dengar budak tu pandai design mendesign ni.” Athirah hanya mencebik.
“Wei, aku dengan kau pun pandai design la. Just, Kak Ila tu je yang tak pernah nak bagi peluang. Biarlah dia nak ambil budak tu pun. Kita bukan lama kat sini. Dua bulan je lagi Zana oi.”
Zana beralih tempat pula ke mesin jahit milik Kak Wiwi. Nama samaran bagi Kak Wirda.
“Betul jugak tu, yang aku dok jadi kepoci dari tadi kenapa ek?” Zana buat muka innocent sambil ketawa. Athirah turut sama gelak.
“Tau pun, baik kau sambung jahit manik baju tu. Bukan petang ni customer nak datang ambil ke?”. Zana bingkas bergerak ke tempatnya semula dan menyambung tugas yang tergendala dek kekepohan melanda diri. Athirah menggeleng lucu melihat perbuatan Zana itu.
Nur Ruzana merupakan teman baiknya di Politeknik Johor Bahru. Mereka berdua sedang menjalani latihan industri selama lima bulan di Laila’s Beauty House, Johor Bahru.
“Wiwi, Zana, Irah. Akak kenalkan staf baru kita yang akan mula kerja esok, Zarul Fahmi.” Serentak mereka bertiga mempamer senyuman manis buat si jejaka. Jejaka yang memakai t-shirt hitam itu turut mengukir senyuman buat mereka.
“So, akak ambil Zarul sebab dia ada kriteria yang lain dan penting untuk future butik akak ni. Hope, korang semua boleh bagi kerjasama yang baik pada Zarul ok.”
Selesai Kak Ila memperkenalkan Zarul kepada kami dia terus beredar bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Athirah dan Zana saling memandang dan menayang muka pelik melihat tingkah laku bos sementara mereka itu. Apakah?


“Ok, Kak Wiwi. Kita orang balik dulu ye,” ucap Athirah pada penyelia kedai itu yang sudah menuju ke motor yang di parkir di hadapan kedai.
“Ha, yela..jumpa esok. Jangan bangun lambat pulak. Tau la tempat tidur awak berdua tu dekat atas jek.”
Athirah dan Zana Cuma tersenyum apabila di perli begitu. Mereka berdua kemudian menuju ke tangga menaiki tingkat atas kedai yang dijadikan asrama buat pelajar latihan industri seperti mereka berdua.
“Irah, kau rajin tak. Kenapa?”, Tanya Athirah sambil membuka tudung dan melabuhkan punggung di atas katil. Rasa letih menguasai diri kerana perlu menyiapkan tiga pasang baju buat pelanggan hari ini.
“Aku ingat nak ajak kau pergi Plaza Angsana kejap la Irah.” Zana mula menayang muka kesian.
“Kau ni, aku tau la Plaza Angsana tu sekangkang kera je dari butik Kak Ila ni. Kau tak reti penat ke Zana.”
Athirah berkata sambil memejam mata tanda rasa mengantuk yang mula menerjah. Zana mula buat muncung sedepa.
“Ala, boring la Irah. Jalan-jalan cuci  mata kejap la eh. Irah.”
Athirah buat tak tahu saja. Faham benar dengan sikap Zana yang shopaholic itu. Mulut saja kata nak cuci mata. Tapi, sampai sana nanti mula rambang mata. Semua benda nak dijadikan koleksi terbarunya nanti.
“Zana, baru semalam kau beli baju sepasang dengan kasut sekali. Udah-udah la tu. Hujung bulan ni kita pergi lagi ye. Aku siap angkut kau pergi Jusco kat Bukit Indah tu ha.”
Zana dah tayang muka surrender kerana sudah terang lagi bersuluh dan memang hakikat yang dia memang tak mampu nak memandu kereta sendiri.
“Kau simpan aje duit mak ayah kau bagi tu ok. Aku tau la kau terlebih mampu nak shopping hari-hari ni. Kau ni Irah. Mula la nak buat aku kecik hati tu. Kau kan tahu aku tak suka kau cakap macam tu.”
Athirah bingkas bangun dari pembaringan apabila sedar keletihan yang melanda diri sudah menguasai emosi membuat mulutnya lancang berkata-kata. Nur Ruzana yang dia kenal memang tidak suka isu kaya dan miskin ditimbulkan walaupun dia merupakan anak kepada seseorang yang berpangkat Datuk. Athirah menarik tangan Zana duduk disebelahnya.
Sorry ea Zana. Aku terlepas cakap la. Aku janji tak cakap macam tu lagi lepas ni ye.” Zana mula tersenyum.
“Yela, aku maafkan. Jangan macam tu lagi tau. Aku kawan dengan kau ikhlas la Irah. Tapi, janji ye hujung bulan ni kau mesti bawak aku pergi shopping.”
Athirah hanya menggeleng kepala melihat perangai Zana itu.
“Yela nanti aku bawak asalkan kau siap sedia untuk sediakan santapan Pizza Hut untuk aku.
 No hal la Irah. Senang je tu.” Zana nampak teruja dengan janji teman baiknya itu.
*******************************************

0 orang bagi komen: