Antara Kau dan Aku ~ 2

6:52 PM Faz.M 0 Comments

Zarul memperkemaskan lipatan kolar baju t-shirt hijau yang disarungnya. Sambil menyapu jel rambut, dia menyanyi kecil. Selesai menghias diri dia menuju ke meja makan.
“Kamu betul ke nak kerja dekat butik tu Zarul?”. Belum sempat Zarul melabuhkan punggungnya di atas kerusi suara ibunya mula memecah gegendang telinga.
“Betul la bunda. Zarul ni dah tak boring tau duduk rumah hari-hari. Bunda pun mesti dah bosan tengok muka Zarul kat rumah kan?” Zarul berkata sambil mencapai sekeping sandwich di atas meja.
“Maksud bunda kamu nak kerja lama ke dekat situ? Bunda bukan apa Zarul. Bunda malas dah nak layan cakap-cakap orang ni. Dah tak larat dah. Dulu bila orang keliling dapat tau kamu belajar fesyen riuh benar mulut dia orang berbunyi. Kalah artis dah kamu ni.”
Zarul buat muka bosan. Malas benar mendengar leteran ibunda tersayang. “Bunda sayang, Zarul kerja sementara aje. Tak payah la nak peduli cakap orang tu bunda. Don’t worry bunda. Anak bunda ni masih lurus lagi tau. Hehehe.”
Ibu Zarul mula membuat muka serius dan menarik kerusi duduk di hadapan Zarul. “Bukan maksud bunda macam tu. Bunda mesti la kenal anak bunda ni. Cuma..”
Zarul menghampiri ibunya. “Bunda, Zarul janji tak kerja lama kat situ. Zarul nak cari pengalaman je bunda. Dapat kerja elok sikit Zarul berhenti ya bunda.” Zarul menghulur tangan untuk menyalam ibunya.
“Ok lah bunda. Zarul gerak dulu. Nanti lambat pulak sampainya. First impression tu kan penting bunda,” ujar Zarul sambil tersengih panjang. Dia mencapai topi keledar di atas rak kasut dan menuju ke motornya yang di parkir di hadapan rumah.
“Bawak motor tu baik-baik Zarul. Jangan nak menyelit dekat lori aje. Bahaya.” Zarul sekadar mengangkat tangan tanda menerima pesanan ibunya sambil menyorong motor ke luar dari kawasan rumah.


Athirah mengambil penyapu di bahagian belakang kedai dan membawanya ke hadapan. Tiba-tiba Zana datang menerpa kea rah Athirah dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Kau ni kenapa Zana?. Berlari macam tak cukup tanah aku tengok.” Athirah memberi pandangan pelik pada Zana kerana kalau diikutkan kedai milik Kak Ila ini tidaklah sebesar mana.
“Mamat semalam tu dah sampai. Ada kat luar. Kak Wiwi tengah brief dia tu.” Zana terus mengambil kerusi dan duduk di situ.
“Mamat mana pulak ni?”. Athirah tetap meneruskan kerjanya menyapu kedai.
“Siapa ke namanya entah. Za…Zamani. Eh, bukan-bukan. Za…”
“Zarul.” Muncul satu suara asing bagi mereka berdua. Serentak mereka berpaling dan melakar senyum buat si jejaka.
“Nama saya Zarul. Selamat berkenalan.”
Erk. Athirah dan Zana saling berpandangan. Skemanya mamat ni. Nak cakap selamat berkenalan pulak. Ini bukan novellah.
“Iya-iya. Selamat, selamat,” ucap Zana sambil menahan tawa.
“Akak berdua nama siapa?”
What? Akak? Please lah tak sesuai ok. Namun, Athirah layankan saja “salam perkenalan” wajah mamat skema ini.
“Ha, nama akak Athirah. Yang ni pulak Kak Zana. Kak Zana, pergi sambung kerja ya.” Zana buat muka cemberut lalu beredar dari situ.
‘Bukan sebaya ke? Apasal nak panggil akak pulak ni. Macamlah muka aku nampak tua sangat.’ Zana membebel di dalam hati tanda tidak puas hati. Tinggallah Athirah dan Zarul di ruang itu.
“Saya nak buat apa ni kak?” Suara itu memecah kesunyian lagi.
“Oh, Zarul boleh ambil surat khabar kat bawah tangga lepas tu lap cermin depan kedai tu ok.”
‘Hah? Dia suruh aku lap cermin.’ Tak ada kerja lain ke kak oi!’ Dalam memprotes di sudut hati, Zarul turut menapak ke bawah tangga seperti yang disuruh.
Sedang sibuk mengelap cermin. “Ehem.” Zarul mengangkat muka. Terpamer riak tak puas hati di wajah Zana. “Err..ada apa kak Zana?”
“Umur kau berapa?” Zana bercekak pinggang di hadapan Zarul.
‘Aik, kereknya minah ni.’ “Em..21 tahun kak. Kenapa?”
“Ha, dah sahlah tu. Aku dengan kau sebaya. Athirah pun. Sedap-sedap aje panggil orang akak.” Selepas meluah rasa, Zana terus berlalu dari situ.
“La..dah kalau tak cakap mana aku nak tau. Aku ni pun boleh tahan sengal jugak. Main terjah je siapa suruh. Dah kena sebijik. Malu betul.” Zarul memarahi diri sendiri kerana sedar memang salah dirinya sendiri.

Tengahari itu sedang mereka leka membuat kerja, Kak Ila datang bersama suaminya.
“Zarul mana?”. Kak Ila bertanya kepada Kak Wiwi.
“Kat atas kak. Saya suruh dia menukang. Betul-betulkan set pelamin yang rosak.”
“Oh, akak nak pergi tengok dia kejap la.” Athirah dan Zana hanya diam membisu. Sudah lali dengan tingkah Kak Ila yang kurang mesra dengan mereka berdua.

Zarul mengelap peluh yang memercik di dahinya. Apalah nasib. Belajar bidang fesyen ini pulak yang perlu di hadapnya. Zarul yang leka membuat kerja tiba-tiba terhidu bau haruman yang mencucuk hidung di sebelahnya. Sekilas dia memandang duduk majikan barunya yang terlalu hampir.
“Eh, akak. Bila samapi?” zarul bangun lalu mengambil paku di dalam bekasnya.
“Baru aje. Akak nak mintak tolong Zarul lukiskan set pelamin baru untuk akak la. Lepas tu buat sekali. Boleh?”. Laila tersenyum-senyum memandang Zarul dan mengambil tempat di meja pebincangan.
“Akak nak saya buat macam mana?” Zarul terus memberhentikan kerjanya sebentar.
“Akak nak awak design dulu lepas tu, tunjuk dekat akak esok boleh ke?”
“Insyaallah kak. Saya cuba la.” Zarul hanya mengiakan saja kata-kata majikannya itu.
Laila menapak sedikit ke arah Zarul dan mula menunjukkan belangnya. Di pegang bahu Zarul. Zarul sedikit terperanjat.
“Eh, apa ni kak? Jangan buat macam ni kak.” Zarul pantas bangun. Menjauhi Laila.
“Jangan takut la Zarul. Akak cuma nak beramah mesra dengan pekerja baru akak aje.” Laila tersenyum panjang dan turun ke bawah dengan senang hati. Geram benar dia melihat tubuh sasa milik Zarul. Apa kurangnya dia yang walaupun sudah masuk 40-an tapi masih bergetah. Laila sudah bosan menghadap suaminya Encik Harun yang tua 15 tahun darinya itu. Untung juga punya pemuda segak seperti Zarul.
Zarul masih terkedu. Keliru dengan perbuatan Laila terhadapnya.
“Memang tak lamalah aku kerja dekat sini. Itulah bunda dah cakap awal-awal aku sendiri tak nak dengar.” Zarul bercakap sendiri dengan nada tidak puas hatinya.

0 orang bagi komen: