Antara Kau dan Aku ~ 4

6:34 PM Faz.M 0 Comments

Riak kepenatan jelas terpancar di wajah Zarul. Tubuhnya di hempas malas ke atas sofa. Di pejam mata sejenak menghilangkan rasa letih yang membelenggu diri. Baru hari pertama bekerja di Laila’s Beauty House sudah kena ragging sebegini sekali. Tak tertanggung rasanya walaupun kudrat lelakinya kuat. Matanya terpanggil-panggil untuk membuai lena. Sejenak suara bunda menampar telinga.

“Zarul, kenapa baring kat sini. Pergi mandi, solat. Tak elok la senja-senja bantai tidur.” Ibunya mengusap ubun-ubun Zarul menyuruhnya bangun. Zarul senang dimanjakn begitu oleh ibunya. Perlahan-lahan matanya di buka lantas mengukir senyum.

“Wah, gerek ek bunda cakap ‘bantai tidur’. Hihi.” Zarul menghurai tawa. Perlahan telinganya dipiat oleh si ibu.

“Sempat lagi mengusik bunda ye. Cepat bangun. Abah kamu ajak jemaah sama. Giliran kamu jadi imam hari ni.” Ibunya terus bangun dan menuju ke ruang solat. “Cepat mandi Zarul.” Suara ibunya kedengaran lagi.

Zarul melangkah malas ke bilik tidur. Begitulah rutin harian keluarganya. Jika punya masa mereka akan berjemaah bersama-sama. Jika bukan dia yang menjadi imam abahnya akan mengambil tempat itu. Sementelaah lagi, hanya dia anak lelaki di dalam keluarga. Dua lagi merupakan adik perempuan yang masih belajar.

Selesai solat berjemaah Zarul menuju ke dapur. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama ibunya.

“Bunda, Zarul nak cakap sikit la.” Zarul membuka mulut sambil menarik kerusi di meja makan.

“Sikit kamu tu banyak maksudnya Zarul.” Ibu Zarul tetap meneruskan tugas menyediakan makan malam untuk mereka bertiga. Dua orang adik perempuannya masing2 tinggal di asrama.

“Bunda ni tahu-tahu aje ek. Zarul ingat tak nak kerja dekat butik tu lagi la bunda.” Zarul mengambil lauk yang dihulur ibunya lalu di letakkan di atas meja.

“Aik, nak berhenti pulak? Pasal apa pulak ni.” Puan Rohana mula mencedok nasi masuk ke dalam pinggan.

“Tak sedap hati la bunda. Jiwa pun macam tak sesuai aje dekat situ.”

“Tak sedap hati kenapa pulak kamu ni Zarul?”

“Em, Zarul nak cakap pun susah la bunda. Takut mengaibkan orang. Tapi, memang itulah yang Zarul rasa.” Zarul menguis-nguis nasi di dalam pinggannya.

Encik Zaharin tiba-tiba muncul di meja makan dan duduk di sebelah Zarul.

 “Baguslah kalau kamu nak berhenti Zarul. Abah pun tak suka kamu buat kerja-kerja perempuan macam tu. Anak abah kan macho orangnya. Habis hilang macho kalau kerja dekat situ lama-lama tau.” Encik Zaharin ketawa kecil.

“Abah ni, ke situ pulak dia. Zarul ingat esok nak pergi jumpa bos cakap nak berhenti. What say you bunda?”

“Terpulanglah Zarul. Bunda pun dah pesan awal-awalkan. Kamu dah besar. Dah tau fikir mana baik, mana buruknya. Bunda tak kisah kamu belajar bidang fesyen Zarul. Tapi, biar kena pada caranya. Apa salahnya kalau kamu buat baju lelaki atau jadi perunding imej ke. Ha, itukan lebih molek dipandang orang.” Puan Rohana menasihati anak bujangnya. Bukan dia tidak menyokong Zarul belajar di dalam bidang fesyen. Baginya cukuplah belajar sahaja. Kalau bekerja pergilah ke bidang yang lebih sesuai.

Zarul hanya mengangguk-angguk. Encik Zaharin pula lebih selesa mendengar dari mencelah. Lauk pauk di hadapannya kini lebih menarik perhatian. Tangannya diangkat membaca doa makan dan mereka mula menikmati hidangan makan malam hari itu.

Zarul nekad untuk kembali ke butik esok pagi memberitahu tentang niatnya untuk berhenti kerja. Bimbang juga dia jika berterusan berada di situ lain pula cerita yang timbul. Terbayang wajah Encik Latif memberi penumbuk  sulung ke mukanya.

***********************************

Athirah sedang leka menukar baju pengantin pada badan patung di hadapan kedai.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara lelaki memberi salam. Usai menjawabnya Athirah berpaling. Wajah Zarul berada di hadapan matanya.

“Lewat datang kerja.” Sambil berkata matanya memerhati jam tangan di pergelangan kiri. “Dah pukul 12 dah ni. Tak nak kerja dah ke?” Athirah tetap meneruskan kerja tanpa ada niat untuk berborak panjang.

Zarul terkedu. ‘Wah, perli aku  nampak,’ kata Zarul di dalam hati.

“Em..Kak Ila dah sampai ke belum? Saya nak jumpa dengan dia la. Ada hal sikit nak cakap.” Zarul masih mahu berinteraksi dengan Athirah. Namun, Athirah tetap tidak menunjukkan minat untuk melayan Zarul. Di jawab seadanya sahaja soalan-soalan Zarul itu.

“Ada dekat dalam ofis kat belakang tu. Pergilah jumpa dia. Mood dia betul-betul tak elok sebab batang hidung awak tak nampak-nampak dari tadi. Kita orang ni la yang jadi sasaran dia.” Athirah meluah rasa sambil meletakkan veil dia atas kepala patung tersebut.

Zarul serba salah. Tetapi dia terus masuk ke dalam tanpa mahu bersoal jawab dengan Athirah. Masuk ke dalam wajah masam Zana pula menyapa mata. Zana yang sedang melayan pelanggan sempat menghadiahkan jelingan maut buat Zarul.

‘Apasal la dengan dia orang ni semua. Benci betul dengan aku agaknya.’ Ulas Zarul lagi di dalam hati. Sampai di muka pintu ofis salam pun diberi. Kak Ila mengangkat muka tanpa menjawab salam dari Zarul.

“Baru sekarang nak datang? Awak ni nak kerja ke tak nak Zarul? Kalau tak minat cakap awal-awal. Masa interview bukan main berapi-api awak berjanji dengan saya.” Belum sempat berkata-kata bertalu-talu peluru di tuju ke arah Zarul.

“Tutup pintu tu. Akak nak cakap personally dengan awak.” Zarul menelan liur. ‘Nahas aku macam ni.’ Namun tetap diturut permintaan majikan seharinya itu. Zarul duduk di hadapan bosnya itu. Laila mengangkat wajah. Di lihat air mata Laila mula bergenang.

‘Sudah, apahal pulak orang tua ni. Buang tebiat ke apa.’ Zarul diburu rasa cuak. Laila bangun dari kerusi dan menghampiri Zarul. Di tarik tangan Zarul untuk berdiri lantas di peluk erat. Zarul terkaku. Tak tahu tindakan seterusnya. Laila sudah menangis tersedu sedan di bahu kirinya.

“Saya tak nak kehilangan awak Zarul. Please jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak dekat sini. Saya sanggup bayar berapa aje yang awak nak. Seribu ringgit sebulan cukup?”

Zarul tersentak. Lantas ditolak tubuh Laila hingga dia terdorong ke belakang. “Akak ni kenapa? Saya kenal akak tak sampai seminggu akak dah tunjuk perangai macam ni. You’re insane! Tak ingat dosa ke?”

Tanpa berlengah Zarul terus keluar dari bilik yang membuatnya putus nafas seketika. Meluru dia berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan sehingga terlanggar tubuh kecil Athirah yang sedang menggantung tudung di hadapan kedai. Athirah jatuh terduduk sambil mengaduh kesakitan. Zarul berhenti melangkah menghampiri tubuh Athirah di atas lantai.

“Maaf Athirah saya tak sengaja.” Di pegang lengan gadis itu untuk membantunya bangun. Mata mereka bertatapan. Athirah dapat melihat bahang kemarahan di dalam anak mata berwarna coklat cair itu. Mata yang sangat menarik untuk di tatap setiap hari.

“Saya pergi dulu.” Serentak itu Zarul terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Zana yang baru turun dari tingkat atas kedai hairan melihat Athirah diam terpaku tidak berkutik dari tempatnya berdiri. Di cuit sedikit bahu Athirah.

“Kau ni kenapa? Macam nampak hantu je.” Zana menyoal. Kekal berwajah curious terus ke muka Athirah.
“Zarul Fahmi.” Hanya itu yang meniti di bibir merah Athirah seraya meninggalkan Zana dalam keadaan terpinga-pinga.

0 orang bagi komen: