Antara Kau dan Aku~3

9:45 PM Faz.M 0 Comments

Nokia 6288 Athirah melagukan Super Something nyanyian Yuna. Athirah melangkah malas ke almari solek yang terdapat di dalam bilik itu. Nama Maisarah tertera di skrin telefon.
“Assalamualaikum angah!” Athirah tersenyum sendiri. Faham benar dengan perangai ‘happy go lucky’ si adik.
“Waalaikummussalam Sarah. Ada apa call ni?”
“Ala, angah ni takkan nak call pun tak boleh. Kalau tunggu angah nak call sampai kucing bertanduk la alamatnya angah.” Maisarah sudah terkekek-kekek ketawa dihujung talian.
“Banyak la Sarah punya tanduk. Sorry la. Angah busy la. Bukan sengaja tak nak call rumah.” Athirah menuju ke katil agar lebih selesa untuk berbual dengan adik bongsunya itu.
“Angah bila nak balik. Pontian dengan JB bukan jauh mana pun ngah. Ibu dengan ayah dan bising dah tau. Asyik Tanya je bila agaknya anak kesayangan diaorang ni nak balik.”
“Bukan tak nak balik la Sarah. Kalau dah cuti sehari je macam mana angah nak balik. Malam baru dapat lepak tau.” Athirah beralasan. Sebetulnya dia tidak ada wang lebih untuk pulang ke kampung. Duit elaun yang di beri Kak Ila Cuma cukup untuk makan selama sebulan. Itu pun nasib baik dia tidak payah menyewa. Kalau tidak lagi sukar hidupnya di sini.
“Angah, kalau tak ada duit bagi tahu jela dekat Sarah. Setakat duit minyak kereta untuk sampai ke Pekan Nenas ni berapa ringgit jela ngah. Sarah bagi tahu ibu ya ngah?” Maisarah berusaha memujuk kakak yang paling rapat dengannya itu.
“Ish, tak usahlah Sarah. Susahkan ibu aje. Nanti ada duit angah balik la. Angah janji ok. Hujung bulan ni ke angah balik la. Bagi angah kumpul cuti dulu. Dua hari pun jadi la kan.” Athirah memandang kea rah pintu bilik apabila mendapati Zana memandang ke arahnya. Athirah mengarahkan Zana supaya masuk ke dalam bilik.
“Em..ok lah macam tu. Angah jangan lupa pulak tau. Nanti Sarah bagi tahu ibu suruh masak lauk kegemaran angah ya.”
“Yela Sarah. Kirim salam angah pada along, ibu dengan ayah ye.” Usai menjawab salam Athirah mletakkan telefon bimbitnya di sebelah bantal.
“Adik kau nak apa Irah.” Zana yang daripada tadi sibuk membalas SMS mula membuka mulut.
“Dia suruh aku balik. Dah rindu sangat dekat aku agaknya.”
“Ha ah la Irah. Aku tengok sejak kita start praktikal ni kau tak balik kampong pun. Dah dekat 3 bulan dah. Bukan jauh pun Pekan Nenas tu dengan JB ni Irah.” Zana bangun dari pembaringan dan merenung wajah Athirah yang masih berbaring.
“Aku bukan tak nak balik la Zana. Tak cukup budget. Nanti ada duit lebih aku balik la.”
Tba-tiba Zana bangun dan keluar dari bilik. Dia datang kembali ke bilik Athirah dengan membawa wang lima puluh ringgit. Di tujukan duit itu di hadapan muka Athirah.
“Zana, aku tak nak la. Dah banyak kali aku pinjam duit kau tau. Entah bila aku dapat bayar balik.”
“Aku pernah minta kau bayar balik ke Irah? Tak pernah pun kan? Anggap jela ni sebagai hadiah daripada aku untuk kau.”
“Ish, ada ke pulak macam tu kau ni. Aku tetap akan bayar balik la Zana. Lagipun tak elok berhutang  ni. Mana tau kalau aku tiba-tiba pergi dah berbukit-bukit hutang aku dekat kau. Siapa nak tanggung tu?”
“Irah, aku ikhlas. Lagipun, parents aku tak kisah. Harta dia orang tu tak luak pun untuk aku seorang tau.”
Athirah malas mahu berbalah dengan Zana lagi. Anak tunggal Datuk Rashid itu memang begitu. Tapi, dia tetap berjanji pada dirinya setiap wang yang dihulur oleh Zana padanya tetap akan di bayar balik di kemudian hari.
“Apa-apa jela Zana oi! Kau nak keluar makan tak ni? Tak lapar ke?” Tanya Athirah sambil menyikat rambut ikal miliknya.
“Malas la. Aku diet hari ni. Kau nak makan ke tak?” Zana menyoal Athirah kembali lalu mengambil sikat di tangan Athirah.
“Aku tak lapar. Diet jugak la nampaknya hari ni.” Ucap Athirah seraya mengukir senyuman buat teman baiknya itu.
“Jom la tengok tv. Asyik memerap dalam bilik je kau ni. Malam ni final Project Runaway tau. Tak sabar aku nak tengok siapa yang menang.” Zana terus beralih dari katil menuju ke ruang menonton televisyen.
Athirah hanya menurut langkah Zana yang sudah bersila di atas karpet bersiap sedia untuk menonton siaran berita.

Riak kepenatan jelas tertera di wajah Zarul. Tubuhnya di hempas malas ke atas sofa. Di pejam mata sejenak menghilangkan rasa letih yang membelenggu diri. Baru hari pertama bekerja di Laila’s Beauty House sudah kena ragging sebegini sekali. Tak tertanggung rasanya walaupun kudrat lelakinya kuat. Matanya terpanggil-panggil untuk membuai lena. Sejenak suara bunda menampar telinga.
“Zarul, kenapa baring kat sini. Pergi mandi, solat. Tak elok la senja-senja bantai tidur.” Ibunya mengusap ubun-ubun Zarul menyuruhnya bangun. Zarul senang dimanjakn begitu oleh ibunya. Perlahan-lahan matanya di buka lantas mengukir senyum.
“Wah, gerek ek bunda cakap ‘bantai tidur’. Hihi.” Zarul menghurai tawa. Perlahan telinganya dipiat oleh si ibu.
“Sempat lagi mengusik bunda ye. Cepat bangun. Abah kamu ajak jemaah sama. Giliran kamu jadi imam hari ni.” Ibunya terus bangun dan menuju ke ruang solat. “Cepat mandi Zarul.” Suara ibunya kedengaran lagi.
Zarul melangkah malas ke bilik tidur. Begitulah rutin harian keluarganya. Jika punya masa mereka akan berjemaah bersama-sama. Jika bukan dia yang menjadi imam abahnya akan mengambil tempat itu. Sementelaah lagi, hanya dia anak lelaki di dalam keluarga. Dua lagi merupakan adik perempuan yang masih belajar.
Selesai solat berjemaah Zarul menuju ke dapur. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama ibunya.
“Bunda, Zarul nak cakap sikit la.” Zarul membuka mulut sambil menarik kerusi di meja makan.
“Sikit kamu tu banyak maksudnya Zarul.” Ibu Zarul tetap meneruskan tugas menyediakan makan malam untuk mereka bertiga. Dua orang adik perempuannya masing2 tinggal di asrama.
“Bunda ni tahu-tahu aje ek. Zarul ingat tak nak kerja dekat butik tu lagi la bunda.” Zarul mengambil lauk yang dihulur ibunya lalu di letakkan di atas meja.
“Aik, nak berhenti pulak? Pasal apa pulak ni.” Puan Rohana mula mencedok nasi masuk ke dalam pinggan.
“Tak sedap hati la bunda. Jiwa pun macam tak sesuai aje dekat situ.”
“Tak sedap hati kenapa pulak kamu ni Zarul?”
“Em, Zarul nak cakap pun susah la bunda. Takut mengaibkan orang. Tapi, memang itulah yang Zarul rasa.” Zarul menguis-nguis nasi di dalam pinggannya.
Encik Zaharin tiba-tiba muncul di meja makan dan duduk di sebelah Zarul. “Baguslah kalau kamu nak berhenti Zarul. Abah pun tak suka kamu buat kerja-kerja perempuan macam tu. Anak abah kan macho orangnya. Habis hilang macho kalau kerja dekat situ lama-lama tau.” Encik Zaharin ketawa kecil.
“Abah ni, ke situ pulak dia. Zarul ingat esok nak pergi jumpa bos cakap nak berhenti. What say you bunda?”
“Terpulanglah Zarul. Bunda pun dah pesan awal-awalkan. Kamu dah besar. Dah tau fikir mana baik, mana buruknya. Bunda tak kisah kamu belajar bidang fesyen Zarul. Tapi, biar kena pada caranya. Apa salahnya kalau kamu buat baju lelaki atau jadi perunding imej ke. Ha, itukan lebih molek dipandang orang.” Puan Rohana menasihati anak bujangnya. Bukan dia tidak menyokong Zarul belajar di dalam bidang fesyen. Baginya cukuplah belajar sahaja. Kalau bekerja pergilah ke bidang yang lebih sesuai.
Zarul hanya mengangguk-angguk. Encik Zaharin pula lebih selesa mendengar dari mencelah. Lauk pauk di hadapannya kini lebih menarik perhatian. Tangannya diangkat membaca doa makan dan mereka mula menikmati hidangan makan malam hari itu.
Zarul nekad untuk kembali ke butik esok pagi memberitahu tentang niatnya untuk berhenti kerja. Bimbang juga dia jika berterusan berada di situ lain pula cerita yang timbul. Terbayang wajah Encik Latif memberi penumbuk  sulung ke mukanya.

0 orang bagi komen: