Antara Kau dan Aku~6

5:27 PM Faz.M 0 Comments

Sepanjang hari itu merupakan hari yang malang buat warga Laila’s Beauty House. Kak IIa atau Laila asyik mencari kesalahan setiap para pekerjanya.

“Letih betul otak aku hari ni Zana.” Athirah mula mengadu kepada Zana ketika mereka baru tiba di rumah sewa yang disediakan oleh majikan mereka tu.

“Hai, aku ingat badan aje boleh letih. Otak pun boleh ghopenye ye.” Zana tekekeh-kekeh ketawa dengan longhat Perak yang tak pernah dia belajar satu pun.

“Yela takkan kau tak pelik dengan Kak Ila tu. Selama ni tak pernah pun dia mengamuk sakan macam tu. Macam orang mati laki dah aku tengok. Padahal, abang Latif tu sihat walafiat je aku tengok.” Zana dah mula beraksi ala kapoci seperti biasa. Di labuhkan pungguknya di sebelah Athirah yang bersandar di dinding ruang tamu kecil rumah sewa mereka.

“Ha ah la Irah. Aku pun tak pernah tengok Kak Ila gila meroyan macam tu. Apasal ek? Ha..entah-entah ada kena-mengena dengan si Zarul tu tak. Bukan dia ada ke tadi. Apa jadi ek?” Athirah mengipas-ngipas badan menggunakan tudung yang baru dibuka.

“Entahlah. Aku malas betul nak ambil port mak cik tu. Tadi aku tengok si Zarul pun tegang semacam aje. Sampai aku pun dilanggarnya. Tak Nampak ke aku yang jelas besar dari budak dua tahun ni.” Muka Athirah berkerut-kerut bercerita. Zana tersengih panjang. Athirah tayang muka pelik.

“Oh, itulah yang buat kau berdiri macam patung time aku turun tadi heh? Baik kau cakap dengan aku apa sebenarnya yang jadi Irah. Dia buat apa dengan kau?” Zana buat muka dan suara serius kalah warden penjara.

“La..kau ni ke situ pulak. Mana ada jadi apa-apa. Macam aku cakap tadi la. Dia terlanggar aku. Lepas tu aku terjatuh. Lepas tu…” Ayat Athirah mati di situ. Terimbas kembali pautan tangan Zarul di lengan berlapiknya. Pandangan mata coklat cair itu hadir lagi. Segera diusir pergi. Zana pelik. Mahu tak nya. Cerita Athirah tiba-tiba berhenti tanpa ibarat isyarat lampu merah pada lampu isyarat.

“Aik, cerita kau macam tak habis je Irah. Lepas tu apa?” di renung wajah Athirah di sebelah. Tiada sebarang reaksi. Hanya mulutnya saja terkunci.

“Lepas tu, aku rasa aku patut mandi sekarang la. Kejap lagi nak manghrib dah.” Serentak itu Athirah terus bangun dan meninggalkan kawan baiknya terpinga-pinga di tempat duduknya.


*******************************************************

Dua bulan berlalu….
Athirah hanya memerhatikan Maisarah, Zaharah dan Khanifah bersuka-ria di dalam air laut. Abah dan ibunya pula pergi meninjau cenderahati yang boleh di buat buah tangan buat kawan-kawan. Pantai Teluk Cempedak itu tak pernah sunyi dengan kehadiran pengunjung. Athirah lebih senang bersendiri dari menyertai adik-adiknya. Buku nota setebal 2 inci setia bersama dengannya. Mata penanya terhenti saat ibu dan ayahnya kembali.

“Sudah-sudahlah menulis tu Irah. Kamu tak nak main-main air dengan adik-adik kamu tu ke? Hari tu kamu yang beria benar nak ke pantai.” Ibunya mengatur ayat sambil membuka bekalan makanan yang dibawa.

“Awak ni Juriah macam tak tahu kenapa dia nak ke mari. Mencari ilham la tu. Apa lagi.” Encik Rosdi hanya ketawa. Sudah faham dengan tingkah si anak yang memerlukan suasana ketenangan untuk menulis. Memang itulah minat Athirah sedari kecil. Athirah tersenyum manis.

“Ini yang sayang lebih dekat abah ni. Tahu-tahu aje kenapa kan. Bukan apa ibu. nanti kulit Irah terbakar la bu. Dah la sedia hitam manis. Nanti bertambah gelap susah pulak nak kembali seperti sedia kala. Hihi..” Athirah turut sama mencapai bekas makanan. Di cedok sedikit mihun dan mengambil keropok di dalam bekas berasingan.

“Em, ada-ada aje la alasan kamu tu Irah.” Irah Cuma tersenyum mendengar leteran ibunya, Puan Juriah.
Selesai makan Athirah bangun dari duduknya. “Ibu, Irah nak ke sana kejap la. Nak jalan-jalan.” Puan Juriah memerhati arah yang ditunjukan Athirah sebentar tadi lalu dia menangguk mengiakan tanda mengizinkan Athirah pergi.

“Jangan jalan jauh-jauh Irah.” Ibunya memesan lagi. Athirah hanya mengangguk. Kakinya di atur menuju ke jambatan yang di sediakan. Sambil itu dia menghirup udara laut yang menitip ketenangan di dalam dirinya. Kakinya terhenti di kawasan rehat yang di sediakan. Athirah duduk di atas bangku dan membuka buku notanya kembali. Nota yang banyak tertulis tentang motivasi kepada dirinya. Nota peribadi yang tak pernah diberi kepada sesiapa pun untuk membacanya.

Selesai saja latihan industri di Laila’s Beauty House dia tidak pernah ke sana lagi. Lagi seminggu dia akan memulakan pengajian semester lima di Politeknik. Sementara ada kelapangan dapatlah dia bercuti bersama keluarga seperti hari ini. Penanya menari di atas nota..

Setiap hari merupakan satu peringatan
Supaya kita tidak terus leka di buai khayalan
Ingat bahawa tanggungjawab sentiasa ada
Kepada Allah terutamanya
DIA adalah segala-galanya
Pemberi nikmat dan rezeki buat hamba sedunia
Tapi dengan mudah kita melupakannya…

“Ehem.” Mata penanya berhenti serta-merta. Dia segera mengangkat wajah. Susuk tubuh lelaki berdiri di hadapannya menghadap ke tengah laut.

“Indah sungguh ciptaan Allah kan?” Jejaka itu bersuara lagi. Athirah terdiam cuma. Tidak sempat berkata apa-apa gerangan itu menoleh ke arahnya.

“Akak?”

“Zarul?”

“Akak. No, I mean Athirah buat apa dekat sini?” Zarul menghampiri Athirah yang kelihatan terpaku di tempat duduknya.

“Athirah.” Zarul menggerak-gerakkan tangannya di hadapan muka Athirah. Jelas Athirah tidak memberi sebarang reaksi. Zarul menyentuh lembut bahu Athirah. Athirah tersentak.

“Ish. Apa pegang-pegang ni.” Tutur Athirah kurang senang. Sebetulnya dia tidak menyangka akan kehadiran Zarul di situ. Buku nota di peluk kemas. Zarul gelabah.

“Sorry. I didn’t mean to do that. Zarul tengok Athirah diam aje. Itu yang..”

“Irah. Just call me Irah. Panjang sangat nama tu.” Zarul tersenyum senang. Maklumlah dia tidak biasa berborak denganAthirah. Memanggilnya juga tidak pernah. Kerja cuma sehari mana nak sempat berkenalan.

“Again. What are you doing here? Dah berhenti kerja ke?” soal Zarul kembali kepada Athirah.

“Berhenti? Bukan Zarul ke yang berhenti. Oh, yela tak sempat nak kenal-kenal pun kan. Irah Cuma praktikal aje dekat situ. Dah habis dah pun. Sekarang tengah bercuti dengan family.” Athirah bangun dan menghadap laut. Tidak selesa duduk bersebelahan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

“Family? Mana? Tak Nampak pun.” Zarul bertanya lagi. Dia menapak ke arah Athirah yang sedang berdiri tetapi berdiri agak jarak dari Athirah. Dia tahu Athirah kurang selesa dengan kehadirannya di situ.

“Ada dekat sana. Tengah mandi-mandi. Zarul pulak. Buat apa dekat sini?” Athirah bertanya sambil memandang wajah Zarul. Mata mereka bertembung. Cepat-cepat Athirah mengalih pandang.

‘Ah, kenapalah dengan hati aku ni.’ Athirah berbisik kepada diri sendiri.

Zarul pula berlagak biasa. “Bawak student jalan-jalan. Semalam diaorang ada fashion show dekat resort ni.” Zarul memasukkan tangan ke dalam kocek seluar. Dia berdiri santai.

Student? Zarul kerja apa sekarang? Dekat mana?” Athirah bertanya lagi. Dia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya berdegup kencang.

“Em..sehari lepas berhenti dulu dapat offer jadi tenaga pengajar dekat Rizuan Razi Academy. Dekat KL tempatnya. Dah rezeki. Alhamdulillah. Alllah tu maha pemurah lagi maha mengasihi.” Zarul tersenyum. Benar. Dia teramat bersyukur dengan limpahan rezeki yang telah Allah kurniakan buat dirinya.

“Angah! Ibu panggil.” Kelibat Khanifah, adik lelaki tunggalnya muncul tiba-tiba. Tercungap-cungap Khanifah kerana berlari-lari untuk ke tempat Athirah.

“Irah pergi dulu la Zarul. Nanti ibu dengan abah risau pulak.” Kaki Athirah sudah di atur untuk meninggalkan tempat itu. Khanifah berdiri menghadap lautan luas sambil menunggu kakaknya dan menghilangkan lelah akibat berlari sebentar tadi.

“Athirah.” Zarul memanggilnya lagi. Athirah menoleh. Sekeping kad dihulur pada Athirah. Athirah menyambutnya dengan seribu persoalan. Tertera nama dan nombor telefon milik Zarul.

“Kalau sudi contact la Zarul. Kita tak sempat lagi nak berborak panjangkan? Kalau tak pun add aje Zarul dekat Facebook. E-mail address pun ada dekat situ.” Athirah hanya mengangguk dan memberi senyuman terakhir buat Zarul lantas berlalu pergi bersama Khanifah.



0 orang bagi komen: