Dugaan itu suatu kemanisan

8:38 PM Faz.M 0 Comments

Tiba-tiba aku terpanggil untuk mengenengahkan isu ini kerana menonton Melodi di laman tonton.com.my. Yes, i do like to know about gossip. So what?? haha..ok, aku melihat kisah pengacara Jimmy Shanley. Aku simpati. Pada aku ia dugaan maha hebat buat dia. Dan ia bergantung kepada cara kita menangani masalah tersebut. Sama ada sedar atau tidak Allah memberi dugaan kepada umatnya kerana dua sebab:

1) kerana Allah swt ingin menunjukkan rasa sayang terhadap makhluk ciptaanNYA.
2) kerana Allah swt mahu kita kembali mengingatiNya. Kembali bersujud kepadaNya untuk memohon doa.

Ya, dua sebab di atas tersangatlah penting sebagai peringatan kita bersama. Kadang2 aku rasa tak banyak kesusahan yang aku tanggung sejak kebelakangan ini. Aku jadi risau kerana dugaan itu tanda Allah sayang kepada kita. Ataupun aku sendiri tak terlampau memikirkan tentang masalah yang aku tanggung hingga menjadi masalah kepada orang lain. Masalah seperti tidak bekerja mungkin? Entahlah..again, ia tetap bergantung kepada cara kita memikirkannya. Think positive. It's always in my mind. Aku juga rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal untuk menghadapi setiap dugaan Allah swt. Aku juga pernah rasa teruji hingga menjatuhkan semangat aku untuk hidup. Tapi, Allah itu maha besar. Maha kasih dan menyayangi. Kerana itulah DIA beri aku kekuatan untuk terus bangun dan meneruskan hidup sehingga sekarang. So, apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, walau apa saja dugaan yang datang ke dalam diri korang. Kuatlah, tanganinya dengan penuh rasa sabar sebab dugaan itu akan membawa hikmah yang terbaik untuk kita. Hikmah itulah yang akan menjadi kemanisan buat kita di masa akan datang. Insyaallah..

p/s: Alhamdulillah..aku sangat bersyukur di atas hidayah yang Allah berikan kepada aku. Suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Aku berdoa moga ia kekal di hati dan dalam diri aku. Aku juga berdoa untuk orang di sekeliling aku mendapat hidayah yang sama. Insyaallah..amin..

0 orang bagi komen: