Pandangan Itu....

3:34 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Hari tu aku keluar pergi beli burger utk orang2 dekat rumah. Niat pertama nak beli dekat Azli tapi tutup. So, terpaksa melencong ke tempat yang kedua. Masa aku nak order ada la dua orang perempuan. Yang sorang tu tuan punya stall burger. Lagi sorang tu member dia kot. Lepas order aku duduk la dalam kereta. Tak lama lepas tu aku keluar la nak ambik burger yg dah siap. While waiting for the tauke berurusan dgn customer lain aku pun berdiri jela dekat situ. Aku terperasan  kawan kepada owner tu dok pandang aku atas bawah umpama aku tak berbaju. Aku tengok badan aku. Eh, still berbaju lagi. Apa yang beria benor dia tgk aku ni? Oh, baru aku perasan that night aku pakai slack itam, t-shirt lengan panjang saiz besar dan juga tudung yang menutup dada. Jadi, aku sangat mengerti PANDANGAN ITU.

Why should I say that?

Kerana aku sendiri pernah memberi pandangan itu kepada mereka yang benar2 menutup aurat menurut tuntutan agama sedangkan mereka itu tidak salah. And now, after the Hidayah came to me tanpa rasa jemu aku pula akan tergolong dalam golongan itu. Aku sangat bersyukur kerana diberi kesedaran itu. Alhamdulillah, aku sangat berharap dan terus berdoa moga ia kekal di dalam hati aku untuk selamanya. Pada aku, menjadi seorang perempuan bukan mudah. Lagi2 soal menutup aurat. Apa yg dapat kita lihat sekarang ramai wanita yang dah bertudung. Alhamdulillah, ia suatu perkara yg baik. Tetapi, adakah ia benar2 mengikut tuntutan agama?

Petikan dari tulisan Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil berkata, seorang wanita wajib menutup kesuluruhan tubuh badannya sehingga ke pergelangan tangan kecuali muka dan tapak tangan. Maksudnya di sini, seorang wanita itu wajib melindungi tubuh badannya dari pandangan bukan mahram tanpa menampakan susuk tubuh walaupun memakai tudung. Jadinya, kita sebagai wanita Islam WAJIB melitupi susuk tubuh kita dari pandangan bukan mahram. Pakai tudung saja tidak cukup jika badan kita dengan jelasnya menunjukkan susuk tubuh kepada bukan mahram. Aku rasa malu pada diri sendiri dan terasa rugi kerana walaupun sudah lama aku berhijab tapi aku tidak menjaga aurat aku dengan sempurna. Aku dengan tanpa rasa malu memakai jeans yang jelas menampakkan bentuk punggung, baju berlengan panjang yg menampakkan susuk tubuh dan tudung yang tidak melitupi dada. Aku terasa rugi sangat sebab dah mempamerkan susuk tubuh aku kepada ramai orang asing dan bukannya kepada bakal suami aku. Dan atas kesedaran itulah aku cuba untuk memperbaiki diri aku untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Insyaallah...

Insyaallah....

Pada aku, ia memang bukan mudah kerana dulu aku tak ambil berat soal ini. Keluar berjalan memang aku bertudung. Tapi, bila aku keluar dari pintu rumah utk menyidai kain contohnya aku tidak bertudung. Walhal, apabila kita keluar rumah tentulah ada bukan mahram di sekeliling kita. Itulah kesedaran yg ada pada aku sekarang. Lepas tu, aurat aku terhadap abang ipar aku juga adalah sama dengan bukan mahram. Tetapi, aku juga tidak menjaganya dengan baik. Jahil sungguh aku. Nasib baik Allah swt itu tidak jemu2 memberi aku petunjuk, Nur, Hidayah dan membuka pintu hati aku untuk bertaubat dan berubah. Insyaallah, aku akan sentiasa panjatkan doa agar hidayah itu diberi kepada orang di sekeliling aku juga. Amin...

Bayangkanlah, aku mengambil masa sehingga 13 tahun utk sedar akan hakikat kesempuranaan menutup aurat. Jadi, berapa lama pula masa utk org lain ambil utk betul2 menutup aurat dan menjadi muslimah sejati. Menutup aurat saja tidak cukup jika amal ibadat kita kepada Allah tidak kita lakukan. Itu juga buat aku sedar dan lebih menjaga waktu solat. So, kepada sesiapa yang pernah terdetik di dalam hati untuk berhijab mulalah dari sekarang. Abaikan dahulu bisikan2 yg mengatakan buat apa bertudung sedangkan tak solat, buat apa bertudung kalau masih berpegangan tangan dengan bukan muhrim, kenapa mahu menjadi HIPOKRIT. Sila buang semua bisikan itu dan mula lakukan sesuatu utk kebaikan diri anda. Berubah sedikit demi sedikit daripada kita berada di perhentian yang sama tanpa ada niat untuk meneruskan perjalanan. Ingat, aku ambil masa 13 tahun utk sedar jadi tak salah kalau korang mula mengambil tindakan yang bijak. Doakan aku kekal sebegini kerana niat dihati ingin dekat dengan ILAHI...

p/s: Masih mencuba utk menjadi Makhluk Tuhan yg lebih baik. Lebih2 lagi dalam menyucikan hati, perbuatan dan percakapan seharian. Insyaallah....

0 orang bagi komen: