Adaptasi

11:11 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Sekarang macam dah jadi trend pulak cerita di dalam novel di adaptasi menjadi rangkaian drama. As a novel lover for sure la aku suka gila lagi2 novel yang di adaptasi tu pernah menjadi a part of my reading. Syok tak hengat! dan terSANGATLAH teruja. Heheh. Semalam slot Akasia di Tv3 baru saja memulakan drama terbaru lepas habis cerita yang aku tak tengok tu sbb aku tak minat heroin dia. Pemilihan pelakon memang sangat penting untuk menarik minat penonton ya. Aku tak tau korang tengok ke tak drama NORA ELENA semalam. At first, aku pun tak tau yang drama tu di adaptasi dari novel KASIH YANG SUCI. Lepas saja adik aku bagi tau. Uish terus excited aku sebab novel tu aku yang beli tau. Karya Meen Zulaikha. Sangat best la cerita tu. Tak sabar nak menanti episod 2 hari ni. Pada aku pemilihan pelakon dia memang tersangatlah tepat sebab Aaron Aziz sebagai hero di dalam novel memang sesuai gila la. Pandai sungguh mereka memilih pelakon ye. Jom la sama2 kita ikuti perjalanan kisah di antara Seth Tan dan Nora Elena. :)

p/s: Tak sabar menanti filem Ombak Rindu juga. Turut menampilkan Aaron Aziz sebagai main actor.. :)

0 orang bagi komen: