Antara Kau dan Aku~7

5:32 PM Faz.M 0 Comments

Zarul berjalan menuju ke tempat penginapannya. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Hati terasa lain macam pula selepas bertemu dengan Athirah. Tidak keruan di buatnya.

‘Am I in love?’ soal Zarul buat dirinya. ‘Takkan lah kot. Athirah tu biasa-biasa aje. Hitam manis, bertudung, sopan. Tapi, senyuman dia..’ Zarul mengelamun lagi.

“Encik Zarul.” Zarul berhenti melangkah. Wajah Mimie berada di depan mata.

“Senyum sorang-sorang nampak. Nasib baik saya tegur. Kalau tak dah terlanggar pasu kat depan mata tu agaknya. Hihi.” Mimie tertawa melihat gerak-geri tenaga pengajar di tempat belajarnya itu. Encik Zarul Fahmi yang sering menjadi sebutan dikalangan pelajar. Wajahnya tidaklah sekacak mana. Cuma bertubuh sasa dan tegap. Kerap berkunjung ke gym mungkin. Tapi, sekali pandang adalah iras-iras pelakon Kamal Adli.

Zarul pandang ke hadapan. Serentak itu dia turut tertawa. “Nasib baik awak cepat tegur saya. Kalau tidak jatuh menjunam saham saya tau. Sorang aje? Kawan-kawan yang lain mana?” Zarul bergerak menghampiri tempat Mimie berdiri.

“Em, dia orang tengah sakan mandi laut encik. Macam tak pernah jumpa air pun ada saya tengok. Encik tak nak join diaorang ke?” Mimie menyoal Zarul.

Zarul hanya tersenyum panjang seraya menggelengkan kepalanya. Sejak 2 bulan lepas dia banyak menghabiskan masa di Razuan Razi Academy. Zarul juga sudah jarang-jarang pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru kerana kesibukannya sebagai pengajar dan juga pelajar di Universiti Teknologi Mara(UiTM). Syarat utama untuk menjadi pengajar di akademi tersebut adalah setiap pengajar perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah. Zarul pula diberi peluang menjadi pengajar kerana mempunyai Diploma di dalam bidang fesyen.  Tetapi, dia tetap perlu mengambil Ijazah sebagai pelengkap jawatannya sebagai penagjar Razuan Razi Academy.

“Okay la Encik Zarul. Saya pergi dulu. Nak tengok apa yang dia orang seronok sangat denga air laut tu.” Zarul mengangguk seraya meneruskan langkah ke biliknya.

 **************************************

Skrin laptop di tenung bagai terlihat komponen di dalamnya. Laman web Facebook tertera di hadapan mata. Profil bernama Zarul Fahmi hanya diperhati.

“Nak add ke tak nak. Ala, bukan apa pun.” Butang Add as friend di tekan. Tidak lama kemudian notification menunjukkan friend request  accepted. Box chatting muncul di bahagian bawah windows. Nama Zarul jelas kelihatan.

Zarul:
Hai, thanks add.
Seminggu jgk la tggu.
Hehe..

Eerah:
Sori. Bz la.
Kan baru naik sem ni.
Byk nak kne settlekan. J

Zarul:
Owh, ingt xsudi nak kwn dgn kite J
Next  weekend Zarul blk.
Wanna meet up?

Eerah:
Ha? Tu pertanyaan/ajakan????

Zarul:
Heheh..dua2 pun blh.
Kt jmpe nak?
Zarul pick up Irah kat umah sewa.

Eerah:
Eh, xckp pon nk ikut dia :p

Zarul:
Xsudi xpe la.. L

Eerah:
Hehe..majuk ke?
Sori. Xblh jnji la.
Tkot byk assgmnt nk kne wat.
If free, I’ll let u know ok. J
Out dlu la. Got work 2 do.
Nite2!
Zarul:
Ok, nite.
Text me ok.
I don’t hv ur no. J

Sesudah menekan butang log out. Athirah tersenyum panjang. Tidak pasti apa yang dirasakan sekarang ini. Dia bergolek ke arah dinding. Masih tersenyum. Kehadiran Zana di tilam sebelah tidak diendahkan.

“Ehem, dah kenapa dengan kau ni. Lain macam aje aku tengok.” Athirah masih tidak mengendahkan pertanyaan dari Zana. Zana tersengih nakal. Perlahan-lahan dia menggeletek pinggang Athirah. Menyeringai jeritan gadis itu memenuhi ruang bilik.

“Apasal kau ni. Dah buang tabiat ke apa?” Marah Athirah. Sakit di pinggangnya kian terasa. Termengah-mengah dia menahan nafas kerana rasa geli yang menguasai diri sebentar tadi.

“Eh, bukan kau ke yang buang tabiat. Sepatah aku Tanya sepatah pun kau tak jawab.” Zana sudah muncung sedepa. Sedikit berkecil hati dengan tuduhan Athirah terhadap dirinya.

“Ala, sorry la. Aku tak perasan la. Hihi.”

“Banyak la kau punya tak perasan. Kau kenapa Irah? Macam terkena panah asmara aje aku tengok. Ada benda yang kau tak share dengan aku ni kan?” Zana sudah mula serkap jarang. Athirah tersenyum Cuma.

“tengok tu. Senyum lagi. Kenapa ni Irah. Cakaplah.” Zana sehabis daya memujuk Athirah.

“Ok, promise me if I let you know. Please don’t laugh at me ok.”

“Yela, aku janji. Cepatlah cerita.”

“Kau ingat Zarul?” Zana mengerut-ngerutkan dahinya cuba mengingati raut wajah si pemilik nama itu. Tiba-tiba Zana di terjah perasaan teruja sampai terbeliak matanya memandang Athirah.

Don’t tell me that you and him ada gitu-gitu heh. Is it?” Usik Zana sambil menemukan kedua belah tangannya seperti trademark Saiful Apek.

“Eh, takde la sampai ke situ. Kau ni jauh sangat perginya. Aku baru je jumpa dia balik la. Baru lepas add FB dia tadi.” Zana masih teruja.

“Ceritalah macam mana pulak kau boleh dengan dia ni. Bukan main lagi kau ea. Senyap-senyap aje dengan aku. Langsung tak bagi tau aku. Tapi, macam mana pulak kau boleh contact dengan dia? Bukan kita sempat kenal dia sehari aje ke?” Athirah membetulkan sila sambil bersungguh-sungguh bercerita kepada kawan baiknya.

It just the beginning Zana. In future aku pun tak tahulah nak jadi apa kan?” Nada suara Athirah tiba-tiba saja berubah menjadi sayu.

“La, yang kau ni dah kenapa? Irah, hargailah masa sekarang dan jangan terlalu fikir ke depan. Just follow with the flow. Kita memang la takkan tau apa yang akan jadi pada diri kita di masa hadapan sebab itu semuakan qada’ dan qadar Allah swt. Jangan memasang harapan yang tinggi jugak la sebab aku pun tak nak tengok kau kecewa di kemudian hari.” Hujah Zana panjang lebar sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Athirah. Athirah pula hanya mengukir senyum segaris.

0 orang bagi komen: