Baru aku faham...

8:02 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Sebelum ni aku pernah baca entri Abang Ben Kita tentang seorang blogger yang hantar mesej kepada dia. Blogger tu kata di sebabkan salah satu komen yang tidak membina, ia telah mematahkan semangat dia untuk berblogging. Dia terus tutup blog dia tu. Dasyat betul kan pengaruh si pengomen ni?

Aku sendiri tak pernah terfikir akan mendapat komen seperti itu sebab aku tak punya ramai pengikut dan pembaca. Jadi, ia tak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku. 

Then, tiba2 balik kerja tadi as usual aku bukak blog. Ia memang menjadi rutin aku sekarang sebab aku sedang ekstra excited menulis di blog. Aku terbaca komen dari seorang penjengah. Katanya, aku seperti mahu berlagak menjadi hebat kerana ramai yang datang serbu blog aku.

Persoalannya sekarang, ramai ke yang datang serbu?
Jawapannya: Entah, serius aku tak tahu.

Sebab, setiap hari aku cuma bukak blog, tulis entri baru, balas komen (tu pun kalau ada la...). Sangat jarang untuk aku tengok traffic penjengah ke blog aku. Sementelaah lagi sejak aku mula kerja ni. Jadi, aku memang tak tahu sama ada ramai atau tak si penjengah blog aku setiap hari.

Mungkin juga cara aku appreciate pengikut baru aku buat ada orang rasa ia sesuatu yang menjengkelkan kerana aku kelihatan seperti PERASAN POPULAR. Aku minta maaf dari hati yang tulus ikhlas. Itu cara aku. Setiap orang ada cara sendiri. Aku memang seorang yang sangat menghargai orang lain. Jadi, tak salah jika aku cuba menjadi diri aku sendiri kan?

Aku sendiri tak pernah sangka bahawa pengikut aku akan bertambah hingga ke 30 orang. Kan aku pernah cakap aku cuma aim 20 orang saja sebab sekarang terlalau ramai blogger di ruang maya ni. Bukan senang untuk menarik minat orang lain menjadi pembaca kita.

Aku takde la baru sangat dalam dunia blogger sebab sebelum ni masa tahun 2008 aku dan family mempunyai blog kami sendiri. Tapi, bila masing2 dah sibuk blog tu dah terbengkalai. Takde siapa nak update new entry until adik aku ambil alih. So, this is my own blog.

AKU BUAT BLOG KERANA AKU SUKA MENULIS.

Banyak kali aku cakap tentang ni. Tak terlintas di hati aku untuk menjadi sehebat Hanis Zalikha dan Ben Ashaari. But, i'm very sure that every blogger dream to be like both of them. Betul kan? Aku pun. Tapi, aku tak layak rasanya sebab aku hanya orang biasa yang tak punya apa2 kecuali sedikit anugerah dari Allah. Iaitu keupayaan untuk menulis. Itu saja yang aku ada. 

2, 3 hari ni memang aku happy sebab kerana Abang Ben Kita dah bersusah payah promote blog anda2 semua, follower kita makin bertambah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab sebelum ni jenuh juga aku promote blog aku untuk ORANG BACA dan bukan untuk TAMBAH FOLLOWER. So, aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang telah scroll kan mouse sampai ke angka 18 dan klik URL blog aku ni. Aku hanya menjadi insan yang menghargai orang lain dan bukan mahu kelihatan HEBAT

Jelas sekali ia merupakan dua perkara yang berbeza ya kawan-kawan sekalian. Aih, jenuh juga aku menaip panjang lebar. Lepas ni, aku harap sangat takde yang salah anggap lagi tentang entri2 aku yang sekadar memberi ucapan terima kasih buat pengikut baru aku. 

Walaupun aku tak popular dan bukan artis, tak salah untuk aku menghargai anda semua sebagai penjengah, pembaca, pengomen dan PENGIKUT aku yang setia. Sekarang baru aku faham kata Abang Ben Kita tentang PEDULIKAN APA ORANG NAK KATA TENTANG KITA. 

Yang penting, I will keep writing because this is my passion  :)

p/s: Awalnya nak tulis pasal lain. Tapi, lain pula jadinya. Mungkin akan di share untuk entri seterusnya. ;)


0 orang bagi komen: