Buang Semuanya...

2:41 PM Faz.M 4 Comments

Assalamualaikum....
Tadi waktu sidai kain tiba-tiba rasa nak gelak. Nak tau sebab ape? sebab aku sidai sehelai selendang penuh kenangan. Ahaha...ayat berjiwa-jiwa kununnya. Padahal takde rasa ape pun. Eh, ada2! Rasa nak gelak aje. Selendang coklat yang aku sidai tu pemberian ex-bf aku 6 tahun dulu. DIULANGI LAGI SEKALI. 6 TAHUN YANG LEPAS. Haha..So, bayangkanlah bagaimana setianya aku menyimpan that selendang. Untuk pengetahuan semua. Aku jenis yang tak suka simpan barang2 pemberian orang yang pernah aku sayang. Once aku takde pape dengan orang itu aku akan pulang semuanya. Tak pun, aku bakar. Although, it's just one small picture. Tetap akan aku musnahkan. So, kenapa selendang coklat itu masih berada di dalam simpanan aku?

Ok, firstly, aku simpan bukan sebab: 

1- Oh, ini kenangan antara aku dan dia. So, kena la simpan.
2- Sayang la nak buang. Hehe..

No, bukan atas kedua sebab di atas. Sebelum ni memang banyak barang yang dia bagi pada aku. Dan aku sanggup pos laju semua barang tu balik accept that selendang. This is the reason. Aku simpan sebab aku takde selendang kaler coklat. Itu aje la pun. Pastu 2 minggu yang lepas aku dah habis fikir dah ni. Aku memang dah lama tak pakai pun shawl tu. Then, aku decide nak buang dan terus ku campakkan mu ke dalam tong sampah. Aleh2 esok pagi aku jumpa dekat atas meja bilik. Aish, keje siapa lagi kalau bukan omak den. Heheh. Orang tua biase le..hehe..

Aku buang la balik. Masuk dalam plastik sampah letak bawah2 plastik tu. Ikat then letak kat dapur. Esok harinya pula. Tup2 shawl tu dah jadi alas meja depan pula. Haha..Time tu bantai gelak sorang2 jela weh. Geleng kepala jela aku. Dah tak kuasa dah nak jadi tuan yang tak menghargai barang. Terletak elok la dia dekat atas meja depan tu until today time nak sidai kain, shawl itu juga la yang aku hadap. Haha..gelak sorang2 lagi la aku kat luar rumah. Heheh..

Mak..mak... :D

Ahaha..ni la ghope selendang itu yg berada di ampaian ;p

4 orang bagi komen:

hihi,,padan muke ko,,
len kali nk buang,,sorok2,,

ahaha..da sorok la tu..buang dlm tong smph bilik tau..

ahaiiii~ sgt sweet.. hehehe~ ada jodoh tu kak dgn shawl tu.. ehehehhee.. simpan je la..... benda tu mmg utk akak guna.. hoho~

ahaha..mmg da xpakai la fiza...hehe...ingat da xjenguk blog akak lg.. :)