Cintai aku untuk 7 hari

3:13 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Selepas 3 hari akhirnya aku dapat menghabiskan bacaan karya Siti Rosmizah yang terbaru yang bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Kisah yang sarat dengan emosi dari happy, marah dan sedih. Novel setebal 1048 muka surat ni memang takkan buat anda merasa jemu atau skip mana2 bab sebab setiap bab mempunyai kisah yang sangat menarik untuk kita meneruskan bacaan. Tulisan Siti Rosmizah memang tidak akan meghampakan setiap pembacanya. Kalau korang pergi mana2 kedai buku sekarang pun memang sold out sebab karya beliau laku bagai goreng pisang panas. Pendekatan Siti Rosmizah untuk karya kali ini sedikit berbeza sebab sebelum ini lelaki yang banyak menyakitkan hati tapi kali ini beliau tampil dengan sifat keras hati seorang wanita bernama Mia Adriana dan lelaki penyabar, setia, baik hati dan luhur bernama Khuzairi

Wah, kalau aku dijodohkan lelaki seperti Khuzairi memang aku akan jaga betul2 la. Siapa la yang tak nak punya lelaki sebaik Khuzairi. Kalau nak tau baca la karya terbaru beliau ini dan dalami perasaan dan cinta Khuzairi terhadap Mia Adriana.Tapi la kan, kalau ikut logik akal ada lagi ke lelaki berkualiti seperti Khuzairi tu? Macam tak ada je..hehe. Bukan ke watak di dalam novel ini hanya khayalan. Kita ni tetap manusia biasa yang tak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. :)

"Macam mana sebelum ni sayang boleh minta abang mencintai sayang untuk 7 hari? Sedangkan cinta abang pada sayang tidak terukur dalamnya. Cinta Khuzairi pada Mia Adriana tidak ada luput waktunya kerana cinta itu hidup untuk selamanya."- Khuzairi

p/s: Rugi kalau tak baca tau. Sambil baca boleh berangan2 sekali. hehe.

0 orang bagi komen: