Doa Selepas solat..

8:39 PM Faz.M 1 Comments

Assalamualaikum...
Hari ni nak share sikit la apa yg mula aku amalkan dan Insyallah kamu semua pun boleh amalkan juga. :)
Doa ni aku ambil dari buku ASAS-ASAS FARDHU AIN tulisan Allahyarham Ustaz Haji Sulaiman Endut. Serba salah juga nak tulis balik tanpa mintak izin ni. Tapi, niat aku baik sebab nak yang lain tau betapa mendalam maksud setiap bait doa selepas solat ni. Aku sendiri belum berjaya menghafal lagi sebab ada part2 yang aku tak ingat. 

Bismillahirrahmanirrahim...
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji itu hanya untuk Allah sekalian alam. Selawat dan salam ditujukan kepada yang semulia-mulia nabi dan rasul dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabat sekalian. Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Sihatkanlah tubuh kami. Berilah cahaya hati kami. Tetapkanlah iman kami. Baikilah amalan kami. Luaskanlah rezeki kami. Daripada kejahatan itu jauhkanlah juga kami. Sampaikanlah segala hajat kami terhadap agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau berkuasa terhadap segala-gala itu.

"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, rahmatilah keduanya sebagaimana dia telah memeliharaku pada masa kecilku. Wahai Allah, ampunilah sekalian orang muslimin dan muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang sudah mati. Wahai Tuhan kami, berikanlah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan(kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami daripada azab neraka."

"Dan selawat Allah itu adalah ke atas penghulu kita Muhamamad dan keluarganya serta sahabat sekalian. Maha suci Tuhan, Tuhan Yang Maha Mulia, sebagaimana rasul-rsul dan segala puji pada Allah, Tuhan sekalian alam."

Amin..

So, insyaallah..bolehlah kita sama2 amalkan doa selepas solat ni bersama-sama sebab maksudnya umpama doa2 yang selalu kita pohon pada Allah swt. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri kita jua.

1 orang bagi komen:

sian selendang 2 kak yin..ehehehe