First Day :D

7:45 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Tolonglah faham bahawa mata aku memang dah tak mampu nak bukak lagi. Tapi, still nak update blog. Haha. Ngantuk gila!Boleh pulak mata ni tak nak lelap semalam. Sudahnya, 2 jam jela aku dapat lelap mata. Tu pun tidur2 ayam jela weh. 

So, What's Up?

Alhamdulillah, it's going well...Agreement pun dah sign. Yang lain2 semua puaskan hati aku. Tang gaji, cuti and public holiday. Satu jela, waktu keje yang takde syif. Harap2, anggapan aku salah la. Tak larat gak nak keje whole day everyday kan?

Hari ni rasa best sebab dapat kawan baru. Orang HQ pun ok. Baik2. Buat kelakar lagi. Tak garang pun. Heheh. Yang peliknya kitaorang nanti kena ada ujian ngan presentation da. Macam study la pulak kan? Tapi, kalau nak di ikutkan company lain mana nak bagi kursus camni. Kat tempat lain tu terus start keje. Sambil2 tu la kau nak belajar semua benda. 

Lepas ni tanggungjawab aku banyak gila kot. Hari ni pun input pasal marketing tersumbat-sumbat dalam otak aku. Haha. Bila Mr. Or tanya je hampeh tak tau nak jawab apa. Dah la budak2 lain semua grad bisnes. Aku sorang jela sesat amek fesyen. Tu pun nasib baik la dorang baik hati nak amek aku keje kan? ;)

After this, aku cuma harap dapat pick up apa yang dorang ajar dan dapat buat kerja dengan baik. Pada Allah s.w.t aku tak henti berdoa semoga dipermudahkan setiap perjalanan hidup aku lepas ni. Amin....

0 orang bagi komen: