Hidayah...

8:15 PM Faz.M 4 Comments

Assalamualaikum...
Entri ke-3 untuk hari ni. Gila pecah rekod la. Heheh. Tadi aku tengok video di Facebook yang di post oleh Ahmad Fedtri Yahya. Video tentang hidayah yang di peroleh oleh Sham Dari kumpulan Kamikaze. Aku tak tau sama ada korang kenal dia atau tak. Tapi, bagi pengikut industri muzik di M'sia aku kenal jugak la si Sham ni. Alhamdulillah..tak sangka dia jugak telah mendapat hidayah daripada Allah Taala. Tak semua orang bertuah untuk mendapat hidayah daripada Allah Taala.

Aku rasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang daripadanya. Hidayah merupakan petunjuk daripada Allah Taala buat insan yang terpilih. Ia diberi melalui cara yang berbeza-beza. Sampai masa korang semua pun akan diberi petunjuk daripada Allah. Insyaallah, sesungguhnya aku selalu mendoakan yang baik-baik untuk semua.

Kalau Sham diberi hidayah ketika dalam perjalanan dari KL ke utara hanya semata-mata untuk bersolat di masjid dan dia berpeluang bertemu dengan Imam dari Masjidil haram. Bertuah sungguh dia. Aku pula mendapat hidayah setelah membaca novel karya Hlovate, VERSUS. Ya, Versus memang banyak mengajar dan menyedarkan aku bahawa betapa jahilnya aku selama ini. Kalau nak diikutkan dah banyak karya Hlovate yang menjadi bacaan aku. Tapi, entah kenapa Versus yang telah berjaya menjentik hati aku untuk berubah. Alhamdulillah, pujian bagi Allah.

Di kala niat di hati aku untuk berubah, hati aku rasa tak keruan. Aku rasa macam nak bagi tahu kawan2 aku yang arif tentang Islam. Nak tanya pendapat dorang dan aku dah cuba buat satu panggilan pun tapi tak bersambut. Aku resah dan takut sebab aku takut aku tak mampu lalui semua ni seorang diri. Aku takut dengan pandangan keluarga terutamanya. Aku juga takut jika perubahan ini bersifat sementara. Alhamdulillah, berkat doa yang aku pohon pada Allah, hati aku kembali tenang dan aku terus bersujud kepadaNya tanpa terus memikirkan anggapan orang lain.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah seorang yang nakal, jahat, pernah terlanjur, minum arak, pengunjung setia kelab malam dan sebagainya. Aku cuma seorang insan yang pada zahirnya bertudung tapi jahil tentang banyak perkara. Aku tak ada orang untuk aku bertanya. Aku hanya ada Allah buat pendengar setiap bicara dan kerana Allah jugalah aku masih mampu bertahan dan aku sentiasa berdoa agar Allah tidak pergi jauh dari aku agar aku boleh terus beriman kepadaNya.

Pada usia 23 tahun yang mungkin pada orang lain terlalu awal untuk berubah dan ia adalah masa untuk menikmati hidup. Tapi, aku dibukakan pintu hati oleh Allah untuk beribadat kepadaNya. Sekali niat untuk berubah, banyak yang perlu aku korbankan terutama sekali bidang nyanyian. Ya, bakat itu datang dari Allah dan aku memang bersyukur kerananya. Hakikat bahawa suara itu adalah aurat juga tidak boleh kita nafikan. Dulu, aku suka pergi karaoke. Selalu keluar bersama ahli keluarga sehingga jam 3 pagi hanya untuk menghabiskan masa dengan berkaraoke. Tanpa aku sedari ia adalah perkara yang melalaikan. Ia buat kita lupa pada Allah dan membuatkan syaitan bergembira kerana kita menjadi pengikutnya. Kini, aku cuba untuk tidak pergi ke tempat seperti itu lagi dan Alhamdulillah keluarga mula memahami.

Aku mengambil langkah satu persatu. Isu pemakaian juga perlu aku titik beratkan kini. Bila memikirkan bidang pekerjaan nanti aku jadi risau jika tidak dapat menutup aurat dengan sempurna. Aku sedang mencuba. Mencuba untuk menjadi muslimah yang lebih menjaga aurat. Insyaallah. Kini aku lebih menjaga waktu solat, cuba melakukan amalan2 sunat, lebih banyak baca Al-Quran dan syukur aku sudah berjaya menghafal doa selepas solat. Alhamdulillah...

Aku akan terus berdoa moga hidayah ini terus kekal sepanjang hayat aku di dunia ini. Aku selalu berfikir tentang MATI kerana mati itu adalah PASTI. Jadi, sebagai orang Islam apakah persediaan kita untuk menghadap Allah?Adakah ia sudah cukup atau sekadar cukup dengan amalan2 sunat saja tanpa mengambil kira amalan wajib seperti solat Fardhu? Insyaallah..aku akan terus berdoa moga Allah membuka pintu hati anda semua untuk menerima hidayah seperti aku juga. Aku masih belajar dan jangan tersalah anggap tentang coretan ini. Ia hanya sebuah perkongsian cerita seorang hamba Allah yang jahil. 

4 orang bagi komen:

Alhamdulillah... kekalkanlah niat ayin ni ye. jangan pernah berputus asa tuk berubah n perbaiki diri. manusia tidak sempurna, mungkin pada mata kasar nmpaklah ia sempurna. Allah sentiasa ade bersama kita. sama2 lah perbaiki diri kita sebagai hambanya yg lemah. InsyaAllah, akan dipermudahkan segalanya. good luck ayin! ^____^

tima kasih byk2 ye Yana...kt pon slalu doa moga dipermudahkan segalanya..tkut jgk sbb nk berubah jd baik bkn sng tp nak jd jht, buruk sng aje..dlm sekelip mata kalau kt leka...

atok_hensem said...

carilah seseorg (yakni ustaz@ustazah) @ celik agama dlm membimbing saudari...kerna ketahuilah jgn hanya berguru dgn buku sahaja...rujuk pd mereka yg lebih arif...bykkan hadiri kuliyyah di surau semoga tips ini dpt beri sedikit sbnyk panduan pd sedari...

wallahuaklam.....

Alhamdulillah, saya dah pun punya seorang naqibah..Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup saya..