Inikah aku?

9:03 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Aih, sejak nak start keje ni makin rajin update blog. Heheh. Saje2 je. Hilangkan rasa bosan di kala masih free. Kang dah keje madah update pasal keje je la. Kang bosan pulak si penjengah aku. Huhu. Ok, pada malam yang hening di sertakan alunan lagu dari radio I Luv Islam di headphone(baru sat-sat tau pasal kewujudan radio ni..sangat SUKA!!!). Aku nak kongsikan rahsia bulan kelahiran aku yang aku peroleh dari Ebook, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. So, setelah dibuat ujikaji oleh orang2 yang pro, katanya beginilah sifat orang yang lahir di bulan Januari.

1- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
     Tang bercita-cita tinggi tu aku tak berapa pasti sebab setahu aku, aku jenis yang terima apa saja yang Allah dah beri pada aku. Serius tu memang aku. Aku tak suka main2. Kadang2 tak boleh di bawak gurau sangat. Cepat je muka ni nak ketat. Haha. Muka serius tapi aku suka senyum dan baik hati sebenarnya. Wah, angkat bakul sendiri nampaknya kau ni ya! :p

2- Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan mudah mengkritik.
     Terpaksa juga admit yang ini memang aku. Aku memang suka mengkritik sebab tu banyak saja post pasal review filem or novel yang aku dah buat. Haha. But, i'll try hard to kurangkan sifat ni sebab sudah terang lagi bersuluh ia bukan sifat yang baik kan??

3- Rajin dan setiap apa yang dibuat menampakkan keuntungan.
     Aku kalau dah buat kerja memang sungguh2 kot walaupun work aku kadang2 nampak ASBOL ( asal boleh) heheh. Tapi, kenapa bisnes Inside The Box aku kurang berjaya ek?Hehe. Adoyai, ada hikmah la. Belum masanya kot aku berbisnes. Kena banyak pengalaman lagi la gamaknya.

4- Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
    Perempuan mana la yang tak suka pada kecantikan kan? Aku pun la. Kalau nak keluar berjalan tu awal2 dah set kat mind baju apa nak pakai. Yes, aku memang orang yang teratur. Aku tak suka kerja last minute. Kalau lecturer kata esok nak makanya dengan usaha keras akan aku siapkan juga. Kalau kelas pukul 8, pukul 6.15 am aku dah bangun siap2. Selalunya satu jam sebelum gerak mesti dah siap.

5- Pandai mengambil hati orang lain.
    It's a compliment. Malu la nak ngaku. Haha. Orang lain jela yang mampu menilai bab ni. Sekian, TK. :p

6- Pendiam kecuali telah dirangsang.
     Aku bukan orang yang peramah bila 1st time jumpe. Ramai orang yang dah lama kenal aku mesti cakap mula2 muka aku nampak sombong. Heheh. That's me lorh...

7- Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi.
     Em..kalau dulu2 time budak2 hingusan pemalu la kot. But, since makin lanjut usia ni takde maknanya la weh. Aku kalau buat apa2 memang akan fokus kalaupun satu2 ceramah tu membosankan. Aku tetap akan pasang telinga betul2!

8- Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
     Yela, kalau bukan kita siapa lagi nak tolong diri kita kan? Kalau nak berjaya dalam hidup kena la bijak atur hidup ye dak?

9- Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema.
    This is so true! Aku memang senang kena flu tapi badan still strong dan mampu habiskan kerja rumah.

10- Cukup sayang pada kanak-kanak
      Aku sangat suka pada budak2. I wish I could be a kindergarten teacher sebab aku memang suka pada budak2. Lagi seronok kalau ada anak sendiri. Haha. You wish la ayin oi!

11- Suka duduk rumah.
      Ahaha..100% agree la weh. Aku memang tak berapa suka berjalan. Kalau betul2 nak beli barang atau lepak chill ngan my siblings and my friends. Ha, time tu la baru aku keluar rumah ok.

12- Setia pada segala-galanya.
      Wah, dasyat tuh! Tapi, memang betul pun. Once aku dah bercinta aku akan commit dengan orang tu saja. Kalau pakai apa2 barang pun selagi barang2 tu sayang dengan aku, tak nak mogok atau apa pun selagi tu la aku akan guna. Macam N95 aku tu la. Aku tak bercita2 nak tukar phone pun sampai kakak2 n adik2 aku bising kata aku tak IN kononnya. Ahaha.

Ha, udah2 le tu. Cukup setakat ni aje korang kenal aku dengan lebih MENDALAM lagi. Yeke?Heheh. Yela kot. Bajet best punya entri la ni. Entah ada yang baca entah tidak entri yang sudah semestinya PANJANG BERJELA-JELA kalah love letter beb! :D


0 orang bagi komen: