KONGSI

4:19 PM Faz.M 0 Comments




  Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan. Ini adalah entri aku untuk komen filem KONGSI. Amacam, korang dah pergi tengok ke belum? So, apa pendapat korang? Pada awalnya, aku punya expectation untuk filem ni tersangatlah tinggi sebab dikala keterujaan aku menonton wayang awal tahun ni, trailer filem ni la yang balik2 ditayangkan. Then, dah set kat mind filem ni mesti TONTON. Memang tak sabar2 la ni kununnya. Hari pertama tayangan kutipan dah sampai 1juta. Ok, aku expect mesti la filem ni gempak gila macam Adnan Sempit dan Ngangkung. But, terdengar dan terbaca juga komen2 dari penonton yang dah menonton rata2 nya mengatakan filem ni tidak sehangat filem dari Shaheizy Sam yang terdahulu. Jadi, terpaksa juga mengaku yang aku mula prejudis dan tak nak pergi menonton. Alang2 dah diseru kakak kesayangan kaki ni pun melangkah ke Big Cinema untuk menjadi sebahagian dari orang yang sudah menonton.

Pendapat aku:
1- Jalan cerita sangat mengarut dan longgar juga tidak kemas.
2- Aku terbayang niat pengarah untuk buat filem seakan filem Jackie Chan yang penuh unsur humor walaupun anda seorang anggota polis (maaf cakap memang tak menjadi..)
3- Penampilan Sam tak berapa nak menyerlah sangat dengan dialog yang kurang.
4- Pada asasnya dia nak cakap yang Tumulak tu macam nak balas dendam pada Shariff. Bila ditambah dengan geng2 samseng 3 kumpulan tu makin serabutkan cerita. Aduyai....
5- Yang peliknya, dia tak stori pulak kenapa si Bront hantar Sam untuk cari pasal dengan 3 kumpulan geng samseng KL ni. 
6- Lawaknya sangatlah dibuat2 langsung takde kualiti seperti Adnan Sempit dan Ngangkung (maaf la memang kena compare. Tau kan kenapa?)
7- Aku hanya ketawa dibahagian tengah cerita tetapi sampai ke hujung, Huargh..sangat mengantuk ya tuan2 dan puan2.
8- Tapi, aku sangat puji adegan aksi yang pada aku memang superb. Terer la si Sam ni berfighting2 dengan samseng2 tu.

Hmm...itu saja la kot. Kalau ada di antara penjengah yang dah terbaca komen aku jangan la tak jadi menonton pulak. If korang betul2 nak support filem M'sia then you should go and watch this movie k...

p/s: Aku rasa lepas2 ni dah tak boleh nak percaya sangat kot trailer2 filem ni. Part2 yang di ambil memang gempak sekali dah pegi tengok, alahai hampeh. Lebur RM10 aku.. :P

0 orang bagi komen: