Minggu Akhir...

11:56 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Minggu akhir sebelum hidup aku totaly change next week banyak aku habiskan dengan membuang masa. Haha. Betul! aku dah lama gila tak menjahit. Banyak buat kerja rumah jela. Pastu asal petang aje mata ni ajak tidur. Heheh. Sebenarnya sendiri yang nak tidur. Yela, lepas ni sure aku dah takde masa nak buat camni lagi. Mungkin juga dah jarang update blog. Kalau ada pun mungkin tak panjang berjela macam selalu la kan. Takpe la, yang penting kena jugak tulis sesuatu di sini. Aku sebenornye neves jugak nak mula kerja ni. Mau taknye. Kena berhadapan dengan situasi baru, terfikir macam gayanya aku nak berulang alik dari Kluang ke Yong Peng setiap hari sepanjang training di sana, tempat solat yang paling aku risau and teman lunch. Heheh. Harap2 bukan aku sorang la staff baru diaorang.Aku pun sangat berharap yang selepas training nanti aku di hantar ke Kluang. Risau jugak kalau dia hantar jauh2 walaupun dia kata ada sediakan rumah untuk staff. Harap2 semuanya dipermudahkan Allah..Amin..

p/s: Rakan2 penjengah pun doakan yang terbaik untuk saya ya? :D

0 orang bagi komen: