Nota Buat Lelaki

11:55 AM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Semalam layan KONGSI dipanggung. Tapi, kejap..komen tentang KONGSI akan aku share di entri yang lain. Sekarang ni aku ada isu serius yang nak aku ketengahkan. Korang pernah tak, time mood happy n enjoy nak tengok wayang tiba2 di spoiled kan oleh mamat2 tak guna dekat seat belakang korang? Tak pun, enjoying time kita diganggu dengan sekumpulan mamat2 sengal, batak dan annoying gile memekak kat dalam panggung? Aku terfikir, dekat Kluang je ke benda ni jadi? I mean, lelaki2 kat Kluang ni memang 'batak eram' ke? Eh, chop2! Aku rasa aku pernah lalui situasi di mana mamat2 batak buat bising kat panggung di JB dan KL juga. Serius aku tak faham. Korang ni dah kenapa? respect la other people yang dah keluar duit untuk tengok movie. Duduk diam2 and enjoy the movie dah la. Yang nak memekak cakap benda2 bukan2 tu pe hal? No civic at all la korang ni. Memalukan kaum melayu dan Islam betul!

Part yang paling buat aku sakit hati bila semalam. Ini memang cerita pasal semalam. Adik aku telah diganggu oleh seorang mamat tak guna dekat seat belakang dia. Korang nak tau ape yang dia dah buat? Boleh pulak dia tendang2 seat adik aku. Adik aku pulak mana boleh dibuat main macam tu memang dihambur kata2 makian la kan. Hei! siapa yang boleh diam diri kalau dilakukan sebegitu rupa. Come on la beb. Apehal korang nak buat macam tu? Just imagine kalau awek kau kena perkara yang sama. Kenapa aku kata awek dan tak aku kata adik perempuan mereka? Sebab pada aku this kind of MAMAT memang takkan kisah kot pasal adik dia better then awek dia yang kununnya cantik jelita. So, adakah korang akan kata, "Ala, biarlah syg. Dorang main2 je tu." Hah! memang takde maknanya le. Paling2 pun korang akan ckp, "Bro, wa tak kacau lu, lu jgn la kacau wa."

See? Aku tak faham kenapa ramai lelaki sekarang tak tau nak respek kaum wanita. Aku faham korang akan beralasan. "Ala, perempuan pun sama je. Bila aku tendang2 kerusi dia, mula la dia menggedik2, menggeletis2, ketawa2 manja. Ingat aku suka ke" But, korang juga kena faham bahawa tak semua perempuan sama. Ada perempuan yang minta sangat di respek sebagai kaum yang lemah dan minta dilindungi sebagai kaum yang lemah. Kalau korang berperangai macam tu ada terfikir tak dikemudian hari PEREMPUAN juga la yang akan jadi penyambung keturunan korang. Perempuan juga la yang akan jadi pasangan sehidup semati korang. So, PLEASE MENS OUT THERE. RESPECT US!!!

Aku tak pasti lelaki yang aku lihat memakai T-shirt putih dibadan dan berlengan biru itu merupakan pembuat onar terhadap adik aku. Tapi, sesudah keluar dari panggung dia tak habis2 cari pasal dengan cakap benda entah apa2, bebel sorang2 macam orang gila, jeling bagai nak juling mata dengan rokok sebatang ditangan ibarat samseng. Hei, tolong la. Kau ingat dengan lagak serupa gangster kami perempuan yang lemah katanya ni akan berasa gerun ke? Buat la benda yang berfaedah sikit. Kenapa mesti berkelakuan sebegitu wahai lelaki. Fikirkanlah, adakah orang seperti kau layak memegang title suami di kemudian hari dan menjadi khalifah di dalam keluarga. Layak ke? Rasanya tak kot. Aku rasa cukup setakat ni saja nota khas aku buat kaum lelaki Islam yang maha hebat diluar sana. Aku pun dah naik jelak jugak baca segala kutukan terhadap wanita di Facebook. Macam la korang tu perfect sangatkan.

p/s: Maaf kalau jelas ada unsur kemarahan. Tapi, ini cuma luahan rasa tak puas hati terhadap segelintir kaum lelaki diluar sana. Semoga mereka dibukakan pintu hati untuk berubah. Amin.. 

2 orang bagi komen:

meyaemyliya said...

like ! sial punye jantan ! dengan I jangan main2 la woiiiiiiii !

uish!sbr2...huhu..ni a part of kesedaran pd dorg jgk la...