Panggilan...

8:48 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Kejadian ni terjadi pada aku sewaktu aku berada di semester 3 tahun 2009. Masa tu tengah kelas Digital Illustration. Tengah duduk2 kat depan PC tunggu lecturer check aku punya work tiba2 je handphone aku vibrate. Tertera nombor yang tak dikenali. Aku pun angkat la. Then, dia diam saja. Tak lama lepas tu satu text masuk ke inbox. The anonymous said hye to me. Aku straight forward tanya dia siapa. Dia cakap dia nak kenal. Aku malas nak layan. Terus tak reply. Dia send lagi tanpa berputus asa ni. Macam nak marah2. Ait?Pe hal pulak mamat tak kenal ni. Lepas tu dia text lagi. Tapi, kali ni kandungan mesejnya berbaur lucah. Aku tak sanggup kot nak cakap apa yang dia cakap. Yang pasti ia menjerumus kepada ajakan s_ _ks. Faham2 sendiri la ya. Eh2, dia ni melampau betul! Ingat aku apa agaknya.

Perkara ni berlarutan selama 3 minggu seingat aku. Dia selalu call tanpa aku jawab satu pun panggilan dari dia. Nombor yang mula2 dia guna sama macam kita2 guna (012,013,017). But, after that terkeluar pulak nombor 13 digit. Memang pelik gila dan aku tak tau pulak nombor tu berasal dari mana. Tiap2 hari dia ganggu aku dengan mesej yang lucah. Aku terpaksa off handphone untuk elak dia daripada contact aku. Makin aku tak layan makin berani dia buat kerja. Fyi, aku ada contact maxis untuk block nombor dia dari call aku. Tapi, dorang pun tak boleh nak bantu aku.

Time tu memang tension la. Siapa la yang tak tension diganggu dengan perkara sedemikian rupa. Waktu tu pulak aku tinggal seorang diri di rumah sewa. Mana la tak risaukan. Takut juga tu semua dari orang yang aku kenal ke kan? Aku simpan semua mesej dia sebagai bukti in case aku nak buat report polis.

Satu hari tu aku nak keluar dengan kakak aku. Kebetulan hp aku on. Dia hantar mms berimej kartun gambar dia punya a_u. Tak ke melampau namanya tu? Aku dah menyirap habis dah ni. Nak aje aku ugut dia yang bapak aku polis. Tiba2 aje idea ni datang. Sudah pastinya datang daripada Allah swt yang ingin membantu aku. Nak tau apa aku buat? Aku taip zikir taubat dan aku send pada dia. 

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun,
Dosa-dosa besar.

Since that, no more sexual harassment from that guy yang aku tak kenal langsung. Jadi, pada wanita di luar sana berhati-hati la kalau dapat gangguan seperti aku ni. Kalau boleh jangan angkat atau layan nombor2 yang tak dikenali. Zaman sekarang ni dah tak ada istilah lelaki wujud untuk melindungi wanita sebab ramai wanita teraniaya kerana lelaki. Be alert and more careful guys!

0 orang bagi komen: