PMS day is coming

1:11 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Aku tak tau sejauh mana keterbukaan korang untuk bercakap soal dalaman wanita seperti PMS dan kitaran haid setiap bulan. Tapi, zaman sekarang ni lelaki kat luar sana memang patut tahu pasal ni semua sebab ia penting untuk memahami pasangan korang. PMS adalah, sindrom premenstrual(PMS) merujuk pada pelbagai gejala fizikal atau emosi yang biasanya terjadi sekitar 5 hingga 11hari sebelum seseorang wanita mula kitaran bulanan haid.

Ini adalah perkara normal yang terjadi kepada setiap wanita. Macam aku, biasanya seminggu sebelum kitaran hadi bermula emosi aku mula la jadi tak stabil. Aku akan menjadi orang yang mudah terasa dan cepat marah. Kurang sabar seperti selalu la senang cakap. Masa2 ni tolong la jangan duga aku dengan meningkatkan tahap kemarahan aku ni sebab i'm worried if i will hurt people around me

Bila kita mudah marah kita dengan secara tiba2 nak marah dengan apa saja yang jadi dikeliling kita. Dalam hal ni yang selalu menjadi mangsa kemarahan aku adalah Papa. Heheh. Sorry Pa, anakmu memang tak sengaja melakukannya. Kenapa bapak aku pulak akan jadi mangsa pertama? Sebab, papa jenis orang yang suka bertanya. Selagi jawapan yang kita bagi tu tak puaskan hati dia, dia akan terus bertanya. Ha, hal2 macam ni la yang akan buat aku cepat hot!hehe

Besides, jangan ada juga yang buat aku kecik hati sebab time2 gini mula la air mata ni senang nak mengalir. Kadang benda tu hal kecik je dan dah biasa lalui pun. Tapi, sebab PMS senang aje nak rasa sedih dan marah tak tentu pasal. Mood pun mula la murung dan tak ceria macam selalu.

So, bagaimana cara nak mengatasinya ni? Kalau aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk berfikir secara positif sebelum orang keliling aku menjadi mangsa. Selain tu, kena la banyak istighfar dan extra SABAR. Memang susah. But, we should try to control our emotion during this PMS time

0 orang bagi komen: