Sebuah Tragedi

4:06 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Petang semalam, masa tengah baring2 kat atas katil nampak tv kat depan tu kenapa Tv3 ada letak line biru dekat bawah cerita tu. Sungguh menarik perhatian. Then, aku pun terus ke depan dan baca. Rupanya ada kejadian tanah runtuh di sebuah rumah anak-anak yatim di Hulu Langat.

Aku sifatkan kejadian ini sungguh tragis kerana ia melibatkan anak-anak yang kurang bernasib baik menjadi mangsa runtuhan tanah runtuh itu. Setiap kali menonton berita yag di siar di kaca tv aku rasa sebak sangat sebab kita sediri tak pasti nasib mereka yang masih tertimbus di sana. Jam 10.00 malam tadi ketika aku menonton lintas langsung di kawasan tersebut masih ada 13 orang lagi magsa yang belum dapat diselamatkan dan hari ini jumlah mangsa yang telah meninggal dunia adalah seramai 16 orang.

Kejadian sebegini betul2 buat kita sedar akan risiko yang harus dihadapi jika membina bangunan di tempat yang tinggi. Ini semua sudah menjadi ketentuan Allah swt. Jadi, kita yang masih hidup ini jadikanlah ia sebagai pengajaran dan beringat bahawa ajal dan maut itu terletak di tanganNya. Kita harus sentiasa bersiap sedia. Semoga mereka yang meninggal dunia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah...

Rumah anak-anak yatim yang di bina betul2 di bawah kawasan bukit.
-kredit gambar: muzzafarsalleh.com-

0 orang bagi komen: