Sekadar Ulasan sebuah karya..

1:49 PM Faz.M 0 Comments

      


Assalamualaikum....
Aku memang seorang pembaca novel yang setia. Mula berjinak-jinak membaca novel masa umur 12 tahun. Dari situ aku dapat tambah ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara. Kalau dulu tak ramai penulis novel di negara ni. Kita boleh kenal and ingat setiap nama novelis tanah air. But, since novelis kat M'sia ni dah terlampau ramai sampai jalan cerita untuk naskhah diaorang pun terlalu klise. Maksud aku novelis2 yang baru ni la. Yang senior2 still mampu memberi jalan cerita yang menarik dan berbeza pada setiap hasil karya diaorang.

So, beberapa minggu yang lepas aku sempat membaca karya dari novelis lelaki bagi naskhah Cucur Bawang dan Kopi O. Kata beliau ini adalah percubaan pertama menulis novel cinta. Jelasnya pada aku ia tak berapa nak menajdi. Maaf jika aku terpaksa berkata begini. Aku rasa bila ada filem keluar di panggung ramai yang nak memberi ulasan. Tapi, kalau novel jarang kot. So, aku ni hanya sebahagian dari pembaca tegar saja la nak kongsi novel yang aku dah baca. Antara kelemahan Cucur Bawang dan Kopi O adalah:

1. Kisah perkahwinan kontrak dah klise dah. Dari drama di tv sampai la ke penulisan novel.
2. Watak heroin yang tomboy tapi ada sifat keperempuanan yang tinggi pun dah biasa kita baca dan tonton di tv.
3. Aduhai, gambaran gadis berlesung pipit juga terlalu biasa.
4. Lelaki mesti kaya, perempuan mesti orang susah. Why???
5. Ada unsur2 imitation terhadap karya Hlovate juga. Nak tau apa? sila baca novel ini.
6. Paling buat aku merasa bosan. Penulis terlampau kerap mengulas panjang tentang watak sampingan padahal kita memang selalu tertarik untuk membaca tentang the main character of the novel.

Kerana sebab yang ke-6 itulah aku terpaksa skip bab2 watak sampingan yang aku rasa tak berapa penting untuk aku baca. Mungkin juga penulis ini seorang lelaki. Jadi, gaya penulisannya kurang masuk dengan naluri kewanitaaan aku. But, different with novel Mungkin Nanti karya Anita Aruszi yang buat aku membaca tanpa skip mana2 bab pun. Apa yang aku suka tentang kisah antara Aqi dan Zahar adalah tentang kekurangan yang ada pada Aqi. Dia merupakan seorang gadis yang mempunyai rabun warna. Aku rasa tak banyak yang kita tahu tentang rabun warna. Jadi, sedikit sebanyak ia boleh menambah pengetahuan tentang colorblindness ni. Watak Zahar juga tak memerlukannya untuk membuai ayat2 romantis dengan perkataan sayang or abang. Cukup dengan ganti diri Kau dan Aku asalkan rasa cintanya pada Aqi dapat diluahkan. Aku syorkan kepada sesiapa yang merupakan pembaca tegar kepada novelis2 di M'sia untuk baca Mungkin Nanti.
                                                                                                                                                                   

p/s: Mungkin antara kita mempunyai citarasa dan pendapat yang berbeza. Tapi, ini sekadar ulasan daripada aku sebagai salah seorang pembaca. Harap korang dapat buka minda dan hati untuk menerimanya ya.. :)

0 orang bagi komen: