Selamat Lahir Ke Dunia

7:05 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Akhirnya, setelah 9 bulan kakak kesayangan aku menanti kehadiran cahaya mata lahirlah Muhamad Iskandar Wafi Bin Mohd. Cairil Nazri. Hah! amek kau nama dia. Bukan main lagi tau. Hehe. Biasa la nama budak2 zaman sekarang. Alhamdulillah. Ini adalah anak buah aku yang pertama dan korang sendiri boleh agak la macam mana happy nya kami sekeluarga. Al-maklum la, dah lama tak merasa jaga baby kan? :)
Berat anak buah Uda Yeen ni 3.21kg. Wah, bukan main berat lagi Iskandar ye sebab Iskandar memang kuat makan pun. Heheh. Muka Iskandar banyak iras keluarga belah si bapa. Yang penting baby sihat. Aku doakan Iskandar menjadi anak yang soleh, mendengar kata ibu dan bapa, menghormati orang tua, bijak dan menjadi anak yang beriman kepada Allah swt. Insyaallah. Mudah-mudahan la ya? :)

Inilah wajah anak buah kepada Uda Yeen..hehe

0 orang bagi komen: