Tujuan

8:13 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Pagi semua..heheh. Mata ngantuk lagi ni sebenarnya. Maklum la tidur lambat sebab layan movie di Youtube malam tadi bersama2 adik tersayang. So, in life kita mesti ada tujuan. Apa yang kita nak buat untuk hidup kita. Sama ada nak berkembang atau terus berada di situ sahaja. Sama jugak macam tulis blog. 

Tujuan asal aku kerana aku suka menulis la. Sebab tu setiap entri aku panjang berjela. Heheh. Macam aku pernah cakap dalam entri Blogger Tegar. Aku bermula kerana aku suka menulis and it becomes more exciting if aku ada ramai pengikut dan penjengah. Kiranya, i wish my blog could be popular or at least some people know about my blog

But, aku ada baca entri dari Ben Ashaari tentang blogger yang nak jadi popular. Yes, I admit that I wish I could be popular. Tapi, susah kot sebab kata dia apa yang kita tulis di setiap entri merupakan lambang blog kita. Katanya lagi, if kita betul2 kepingin nak jadi popular blogger banyak yang akan kita sacrifice di kemudian hari dan berapa banyak juga entri yang kita post dalam sehari. 

Style Ben memang aku tak boleh nak ikut kot. Dalam sehari banyak kali dia update apa yang dia buat. Lagipun dia banyak aktiviti mesti la banyak yang nak dikongsikan? Tapi, aku rasa identiti I LOVE WRITING terletak pada apa yang aku nak tulis. Aku jarang jugak bercerita tentang personal life aku. Setiap entri is more too my opinion dan mungkin juga akan buat orang lain bosan sebab sekali aku dah menaip tak berhenti2 jari menekan keyboard. Heheh. Dah biasa kot. 

Tapi, orang macam Ben memang betul2 nak jadi blogger. I mean, bukan kerana populariti. Dia menulis kerana dia nak menulis. Kadang2 aku tak terbaca la setiap entri dia. Siap boleh pilih2 pulak topik yang aku rasa nak baca. Tulisan Ben memang buat aku banyak berfikir TUJUAN asal aku buat blog. So, bila kita rasa tersasar kita kena la berbalik kepada akarnya. Pada aku tak kisahlah ramai atau tak si penjengah dan pengikut blog kesayangan aku ni asalkan aku happy dengan apa yang aku tulis dan apa yang dapat aku kongsikan dengan kalian. Hope that korang takkan jemu menjadi SI PENJENGAH I Love Writing dan terus menjadi pembaca setia aku... :)

0 orang bagi komen: