Your new journey...

9:04 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, selamat sudah hantar adik bongsu aku ke Uitm. Walaupun dia dah biasa tinggal di asrama tapi adik aku still suka lagi buat kerja last minute. Bayangkanlah, esok dah nak pergi register satu baju pun dia tak lipat lagi. Packing barang pun malam semalam jugak la buat. Nasib baik ada aku yang tolong lipatkan baju2 dia. Heheh. Bukan apa, aku cuak gak tengok dia tak ready pape ni. Dok menjahit siapkan baju kurung baru dia. Tolong sikit2 pun jadi la kan. 
Meja study Ameen....

Baru beberapa jam berpisah dah terasa rindu dengan dia. Mana tak nya bila bukak peti ais ternampak air susu dia yang belum habis tu pun dah terasa sebak. Gila sensitif aku! Walaupun la aku dengan dia selalu berselisih pendapat. Tapi, dia tetap menjadi adik bongsu aku yang manja2 rock gitu. Heheh. Sampai rumah tadi memang lepak gila la sebab jenuh mengangkut barang2 dia dari tempat parking naik tangga cerun umpama daki gunung terus panjat tangga lagi sampai ke tingkat 3. Aduyai, dengan beban di tangan. Lenguh2 kaki la yang aku dapat. Ini semua pengalaman manis untuk aku dan adik aku ni. Kira tanda kasih sayang untuk dia juga la. ;)

Katil Ameen...

Wah..happy sungguh adik akak ni ye...hehe

Persekitaran dan hostel dia memang amat memuaskan hati. Teramatlah selesa tak seperti waktu aku di Poli dulu. Hampeh weh hostel dia. Haha. Sempat nguntuk. Adik aku kini merupakan harapan keluarga. Aku sangat berharap dia dapat tumpukan sepenuh perhatian pada study dan make sure dapat 3.00 ke atas untuk setiap semester. Hanya doa yang dapat aku iringkan untuk adik aku ni. I know she can do it! Good Luck Meen!!!
I Luv U Mak!!!

0 orang bagi komen: