Abaikan semua rasa

11:55 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Hari ni tentunya berbeza dari semalam. Heheh. Ok, Alhamdulillah...sekarang dah ada 40 Follower. Thanks korang!!! :)

Owh, walaupun semalam bertungkus lumus mencari kerja di sekitar sini. Nampaknya, belum ada rezeki lagi. Takpe, aku tunggu jela. Bukan ke semua ni ada hikmahnya??? :)

Hari ni ingat nak buat puding kastard. Korang mesti pernah makankan? Alhamdulillah jugak sebab tiba2 hari ni mak aku letak seplastik kain di hadapan mata. "Nah, jahit ni." Kata mak. Huhu. 

Aih, menjahit balik la gamaknya. Dah itu yang aku belajar nak kata apa ye tak? Ini pun dah sebulan berhenti menjahit. Sejak bisnes tak berapa nak menjadi tu. Ini merupakan sebahagian daripada rezeki kurniaan Allah buat aku jugak. Aku bersyukur la sebab tu.

Em, pasal keje yang dah lepas tu. Walaupun aku tak sedap hati dengan sesuatu perkara yang dah lama aku rasa. Takpe la. "What comes around, goes around". That is what we called Karma. So, i don't have to be worry about that. Allah sentiasa adil dengan umatnya. 

So, kita tengok jela apa yang jadi nanti. Aku dah biasa jugak la dengan semua ni. Just malas nak ambil pusing je. Yang penting aku happy dengan life aku, aku tak pernah kacau orang dan aku ada family yang menjadi tulang belakang aku. That is the most important thing in my life. 

p/s: Kadang2 blog aku ni dah macam diari dah aku tengok. Tapi, diari yang orang lain boleh baca. Haha. :D

0 orang bagi komen: