Antara Kau dan Aku~8

10:42 AM Faz.M 2 Comments



“Saya nak kamu semua pilih group masing-masing dengan syarat setiap group mesti bercampur dengan kelas-kelas yang lain. Saya tak mahu kamu just stick with your class only. So, choose your member of group now within 10 minutes.”

Suara Cik Zurin bergema di dalam Dewan Kuliah JRKV di kala petang yang panas terik itu. Semua pelajar riuh memilih setiap ahli bagi kumpulan masing-masing. Dalam kalut memilih ahli kumpulannya telefon bimbit Athirah menjerit minta diangkat panggilannya. Cik Zurin pantas menangkap bunyi telefon bimbitnya itu. Pantas meminta seluruh ahli dewan kuliyah diam sebentar.

“Rasanya kamu semua tahu rules kelas sayakan? No connection between you and your phone during my class. If not, awak tahu apa yang akan saya lakukan pada handphone awak semua yang maha canggih tu.”Jelingan tajam dihantar terus ke mata Athirah. Athirah menelan liur. Pelajar yang lain juga kelihatan terpinga-pinga bagai mencari arah bunyi yang dihasilkan tadi. Faham benar dengan cara mengajar Cik Zurin yang tegas itu. Zana pula sekadar mencebik bibir.

“Ala, menyampah betul aku tengok muka dia tu. Macam masa study dulu dia tak pernah buat. Saja nak balas dendam la tu.” Berbisik-bisik Zana mengomel di telinga Athirah.

“Aku bukan sengaja la. Terlupa nak off phone tadi. Kau cover aku kejap. Aku nak tengok siapa call.” Zana mengambil pen di tangan Athirah dan bercakap-cakap seolah-olah sedang berbincang. Athirah mengukir senyum apabila nama Zarul tertera di skrin telefon. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir Athirah memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg sandang yang di bawa. Dia memandang ke setiap wajah ahli kumpulannya dan meneruskan perbincangan.

Times up! Duduk di dalam group masing-masing dan untuk tugasan yang pertama saya akan beri kamu tajuk untuk kamu get ready presentation this Thursday. Saya nak kamu present dalam bentuk power point. Wakil kumpulan sila datang ke depan dan beri senarai nama ahli kumpulan masing-masing.”

Selesai memberi tajuk bagi setiap kumpulan mereka di arah berbincang pula isi-isi yang akan dimuatkan dalam tajuk yag diberi. 

“Ok, you all rasa apa subtopic yang boleh kita keluarkan dari tajuk Festival ni?” Zana bermukadimah. Matanya melirik kepada lima orang ahli yang lain.

Firstly, mesti la kena tahu maksud festival tu dulu. Lepas tu kita senaraikan pulak festival apa yang ada dekat Malaysia ni. Tak payah rangkumkan satu dunia la. Kang sampai habis kelas pun tak habis kita terangkan tajuk kita ni.” Fatin mula memberiidea yang bernas. Yang lain sekdar menganggukkan kepala. Sesi kelas berlangsung sehingga jam 5 petang. Pembahagian tugas juga sudah diberikan. Baru mahu mengangkat punggung dari kerusi yang di dudukinya nama Athirah di seru Cik Zurin. Sudah, mati aku kali ni.

“Ya cik. Ada apa?” Athirah tidak tahu soalan yang sepatutnya diajukan kepada pensyarah muda berkulit putih itu.

“I don’t want the same mistake from you Athirah. Awak tahu saya amat tegas dengan pelajar-pelajar sayakan? Take this as a lesson for you ok.” Terus saja Cik Zurin berlalu menuju ke pintu utama dewan kuliah. Zana menyenggol pinggang Athirah.

“Kecoh betul la Cik Zurin ni. Bukan kau angkat pun call tadi. Budak lain tu main sms depan mata dia tak pulak dia tegur. Tu bias la tu apa lagi. Malas betul aku nak layan.” Zana membebel-bebel sambil jalan seiring dengan Athirah.

“Biasa la Zana. Siapa la kita ni. Memang dari dulu lagi mostly lecturer tak boleh nak accept kelas kita. Salah ke kalau kita ni banyak diam dari jadi kaki mengampu macam dua kelas yang lain tu? Tak faham la aku. Dekat mana-mana pun soal bias ni takkan habis la.” Zana mangangguk kepala tanda bersetuju dengan hujah bernas Athirah.

Alat penggera kereta di tekan lalu pintu kereta dibuka. Athirah meletakkan beg ke tempat duduk belakang lantas mengambil tempat pemandu di hadapan. Enjin kereta di hidupkan dan kereta perodua kelisa itu meluncur laju keluar dari kawasan politeknik.

************************** 

“Eh, kau siap cantik-cantik ni nak ke mana pulak Irah.” Zana menegur ketika melintas dari bilik Athirah. Khusyuk merenung Athirah dari atas ke bawah dengan blouse putih bunga-bunga kecil bersama denim biru gelap tersarung di kaki. Matanya ralit memandang Athirah melilit selendang di kepalanya.

“Tak tercekik ke kau Irah?” Soal Zana dengan nada pelik. Hairan dia melihat kesukaan Athirah yang satu itu. Ke mana sahaja dia pergi pasti selendang membalut di kepala. Padanya, lebih mudah jika menyarung tudung Ekin. Panggilan dari jenis tudung sarung sekarang ini.

“Ish, macam-macamlah kau ni Zana. Mana ada tercekiknya. Takkan la aku ni nak bunuh diri sendiri. Tak pasal-pasal tempah diri ke neraka jahanam tau.” Beg di penjuru bilik itu di capai. Sekali lagi wajahnya di belek ketika melintas di hadapan cermin.

“Kau tak jawab lagi soalan aku Irah. Aku merajuk kang. Dah lah nak tinggalkan aku seorang dekat rumah ni. Boring la aku nanti.” Nada suara Zana sudah bertukar rajuk bak anak kecil.

“Mula tu kau ni. Bukan kau nak pergi jumpa Zafiq ke petang ni? Kura-kura dalam perahu pulak kau ni ya.” Langkah kakinya di hayun ke muka pintu bilik. Zana tersengih panjang. Baru teringat akan janjinya untuk bertemu teman dari jurusan kejuruteraan itu.

By the way, aku ada date dengan Zarul la cik kak. Sebelum malam aku balik la ok.” Bunyi hon kereta kedengaran di luar rumah. Zana menjengah dari tingkap bilik. Diperhatikan gelagat Athirah dan Zarul. ‘Moga kau bahagia Irah.’ Doanya di dalam hati.

2 orang bagi komen:

salam.. singgah sini dr segmen perumpamaan cinta :)

Faz.M said...

Waalaikumusalam...iya, terima kasih srikandi cinta.. :)