Ayat sesuai untuk blog...

2:14 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Hari ni sepatutnya aku kena buat sketches untuk interview minggu depan. Tapi, tapi...sangat sibuk! hai, apa yang kau dok sibuk sangat ni?? Aku sibuk mengerjakan rumah. Ahaha. Aku sibuk masak dan ngemas. Buatkan segala macam benda nak buat rasa macam tak sempat aje. Hamboi, nulis kat blog sempat pulak kau?

Heheh..tulis di blog itu MESTI!

Ok, la terus ke topik hari ni. Masa mula-mula tulis entri dulu. Ayat yang aku gunakan memang tunggang langgang bak kapal dilanda todak. Ait? Bukan-bukan. Kalau korang ada terbaca entri aku yang dulu-dulu mesti agak memeningkan kepala sebab aku banyak guna short form. Kalau aku ni tuan punya blog baca balik pun rasa macam nak edit balik aje. Korang apatah lagikan? Kang jadi satu keje pulak aku satu hari suntuk duduk depan laptop. Tak kose!

Jadinya, seiring dengan pengalaman dari blog-blog orang lain buat aku belajar lebih tertib kalau kita tulis perkataan yang penuh dan guna formal punya bahasa melayu. Yela, aku tau la kadang-kadang aku campur jugak dengan omputih yang tak seberapa tu. Tapi, ia adalah sebahagian dari style aku dan aku memang tak dapat nak lari jauh dari semua tu. 

Sebenanrnya, ayat-ayat atau setiap perkataan yang kita tulis di blog tu takde la termasuk dalam terma dan syarat untuk blog. Ia bergantung kepada individu tu sendiri nak guna ayat yang macam mana. Pada aku, apa yang kita tulis tu akan melambangkan siapa diri kita. Kalau ada yang selesa tulis perkataan yang buat lidah aku terbelit untuk aku baca macam  kew, kowg, katnew n etc. Ha, itu pun dah dapat detect dah yang korang ni macam mana orangnya.

Kalau nak cakap pasal kerosakkan bahasa kita ni memang jenuh la weh. Aku pun bukan perfectly use bahasa ibunda kita ni. Tapi, biarlah berpada-pada ok. Kalau korang nak menarik orang lain baca blog korang, hindarilah dengan guna perkataan yang pelik-pelik sampai orang lain kena baca berulang kali. Kang orang naik bosan dah takde minat nak jengah blog kita. 

So, pada blogger-blogger hijau (aku pun baru gak.. :p). Take this as a lesson dan untuk perbaiki mutu penulisan di blog anda. Takpe la kita sama-sama belajar ye.. ;D

p/s: Hari-hari bukak blog mesti tengok tang follower tu betambah ke tak. TAPI! Lagi happy bila tengok trafik blog yang masih ada pembaca setiap hari. TQ penjengah-penjengah semua!!

0 orang bagi komen: