Follower atau Reader?

11:32 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Sekarang rasa teruja untuk tahu tentang Cik Nameera setelah di seru oleh Abang Ben Kita untuk baca gaya penulisan beliau. Sangat best! Aku suka sebab ia menyedarkan aku tentang banyak perkara especially tentang dunia blogging.

Aku ada baca entri dia tentang apa yang penting dalam dunia blogging. Sama ada follower atau reader ataupun commentor. Selanjutnya Klik Sini

Pendapat dia sangat berguna untuk aku sebab sejujurnya sewaktu aku join segmen BA kerana nak tarik orang untuk baca blog aku. Then, bila aku tengok follower makin bertambah ia buat aku TERUJA. Teruja yang membawa kepada rasa yang tak patut. *Selfish*

Tulis blog kerana berangan nak ramai follower like Hanis, Ben, Fatin (sekadar menyebut beberapa nama). Padahal memang takkan tercapai pun. Hanya dalam mimpi la gamaknya. Kerana entri yang kurang berkualiti seperti yang Nameera gelar sebagai BLOG T**K.

Aku setuju la dengan apa dia cakap. Sekarang ni dah terlalu ramai blogger. Untuk jadi blogger yang betul2 blogger itu bukan mudah. Buat apa nak cepat naik sedangkan entri kita 'haprak'. Kosong tanpa isi yang bernas untuk kita kongsi dengan orang lain.

So, sangat tak guna kalau ramai mana pun pengikut blog kita tapi mereka sekadar jengah dan jadi silent reader. Tak banyak entri aku yang mendapat komen dari pembaca. But, i keep writing sebab blog aku adalah untuk aku menulis. Aku tak kisah sangat tentang itu. Asalkan anda semua sudi baca blog tak semenggah saya ini.

Sekarang dah sedar (ala-ala insaf gitu :p) untuk jangan harap kau dapat ramai follower sebab itu semua tak penting. Yang penting apa tujuan kita untuk berblogging. Kalau dulu selalu fikir. Saja2 je tulis blog. Tukar layout, letak gambar, stori kisah hidup seharian. Tak kisah langsung pun pasal follower ke, ape ke.

But, since aku dah kenal ramai sukses blogger of cause teringin to be like them. But, instead of berangan tak sudah2 lebih baik aku tulis dan kongsi apa yang aku rasa aku mampu tulis kepada anda semua. Sekarang memang bukan mudah untuk tarik orang jadi PEMBACA / READER blog kita.

Senang kat, jadi diri sendiri jela bila nak tulis apa-apa pun. Tapi, jangan la mengarut benda yang bukan2 kat sini sampai orang lain naik menyampah kan? Ikut niat yang betul. Apa2 pun kena jujur dan Ikhlas. Insyaallah orang pun boleh terima kita dalam dunia blogger yang dah membiak-biak bak cendawan lepas hujan ni... :)

0 orang bagi komen: