Hari ni aku BLURR!!!

1:00 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Sebenarnya tak tau nak coret apa dekat sini. Idea semakin kureng. Tak ada topik nak share Ada sebenarnya tapi takde mood nak tulis. Senang kata hari ni hari blurr aku. Hati tanpa kerelaan. Haha. Ape kena dengan aku nih?

Orite, petang ni nak berangkat ke JB dah. Tinggal my sweetest room tempat lepak sambil update blog and everything about my hometown. Gaya cakap macam tak mau balik Kluang lagi. :p

Ikut hati bukan aku nak ke sana sangat pun. Tapi, sebab dah terikat dengan janji aku gagahkan kaki aku untuk melangkah keluar dari rumah mak ayah aku ni buat sementara waktu. Kakak, adik, mak dan kawan baik aku masing-masing kata, "Tak yah pergi la.." Erk????

Barang dah kemas. BANYAK! Takut ter'stay' lama di sana dan agak susah untuk berulang ke sini kembali buat aku angkut segala baju dekat sini. Takde la semua. Baju yang rasa-rasanya aku nak pakai. Perempuan... Memang susah bab-bab travel ni. Serius! Ingat senang jadi perempuan.

Asal nak travel dah berbeg-beg nak diangkutnya. Baju, seluar, inner, tudung, stokin, underwear, pelembap muka, pencuci muka...Huh!Banyak derr...mana muat nak angkut satu beg jer. Sebab tu la wujud istilah dari lelaki bahawa perempuan ni melecehkan. Korang senang la bukan macam kitaorang.

Tu jela kot..hmm..diri tanpa rasa teruja seperti selalu. Memang dah tak tau nak teka apa akan jadi untuk hari-hari aku nanti. Will miss my hometown and my blog. 

Akan jarang mencoret di sini seperti selalu. Seminggu sekali mungkin. Nasib la. So, pleaseeeeeeee, don't miss me. Haha. Ada ke yang nak rindu??? Gurau je...

Kan aku dah kata hari ni memang hari BLURRRRRRRRR aku..

All my stuff..mungkin akan bertambah lagi sebelum pergi. Bak kata mak, "Takpe la, kereta kan kosong.." Yolah mak... :p

2 orang bagi komen:

meyaemyliya said...

haha . tayah g :p

ha, tgk..ni la gerangan yg xbagi pegi tu..hehe