I' ve Decided

10:11 AM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum....
Pada aku nak buat satu2 keputusan dalam hidup bukan mudah. Parents aku jenis simple. Kalau itu yang aku nak itu yang dorang sokong. Maksudnya, selagi apa yang aku buat tu betul maka dorang pun setuju la.

So, setelah berfikir panjang dengan segala pendapat family aku yang lain, aku decide untuk resign. Ha, tutup mulut tu. Kang masuk lalat pulak. Haha. Mesti korang pelik, apa hal aku baru kerja seminggu dah nak berhenti? Ada la reason nya. Kalau tak. tak la aku nak berhenti betul tak?

Atas sebab2 tertentu aku tak boleh nak stori the whole reason. Wah, banyak betul reason kau? Heheh. Ada la sikit. Paling utama masalah kewangan. Kewangan dekat sini bermaksud aku takde punca pendapatan untuk survive di sana sebulan sebelum dapat gaji. 

Aku pun dah takde daya nak hulur tangan pada mak ayah lagi. Segan wo! Mak ayah aku nak kena keluar duit untuk adik2 aku yang still study tu. At least, kalau aku keje dekat sini tak yah la aku keluar duit banyak sangat. Kalau aku ada saving ke boleh la kot nak keje jauh2 ni. Sebab takde tu la aku buat keputusan macam ni. :)

Back up plan?

Insyaallah, ada rezeki tak ke mana. Aku kena pegang kata tu la. Selagi ada usaha, ada la rezekinya. Mesti korang kata aku ni choosy sangat kan? Memang ya pun. Lepas habis study ni aku macam cari arah untuk aku kerja. Pening gak kepala ni sebab aku tak berapa minat untuk kerja dalam bidang sendiri. Atas alasan apa? Korang pun boleh tau kot jawapannya.

So, kejap lagi nak pergi HQ hantar surat resign. Tak tau la kena keje ke tak hari ni. Tapi, aku rasa malas gila nak keje. Aih, kalau dah hati memang tak kat situ nak buat apa kan? Em..tengok jela apa jadi kat aku nanti. Yang penting kena ingat setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Setiap apa yang jadi buat aku belajar sesuatu tentang kehidupan kita ni... :)

2 orang bagi komen:

sabar ye kak fazreen..insyaAllah ade rezeki kat tempat laen..

heheh..tq dik..insyaallah..doakan yg terbaik utk akak ye?? :)