Jangan Nilai Orang Dari Profesion Mereka

2:09 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Ini memang kisah benar. Dari mana aku dapat tahu, biar ia menjadi rahsia. Niat aku berkongsi kisah ini adalah untuk memberi pengajaran kepada kita semua yang masih mencari calon untuk menjadi pasangan hidup.

Pada mulanya dapat tahu kisah ini memang aku terkejut kerana tak sangka ia terjadi. Lepas tu, barulah celik mata sikit yang manusia zaman sekarang ni memang pelbagai ragamnya.

Ia berkenaan seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar ustazah. Apa pendapat korang mengenai 'Ustazah'? Pada aku ia merupakan satu gelaran yang sangat mulia dan melambangkan bahawa mereka ini sudah tentu lebih arif tentang hukum-hakam agama kita. Kita ni sebagai orang jahil sudah tentulah akan berpandukan mereka untuk meminta pendapat dalam memperbetulkan paksi hidup yang kian longgar.

Namun, sebaliknya pula yang terjadi pada lelaki ini. Mungkin pada awalnya dia berfikiran berkahwin dengan Ustazah membawa tuah pada dirinya. Maksud tuah itu adalah kelebihan si lelaki yang dapat memperisterikan seorang Ustazah. Pasti di hati dan mindanya berpendapat si isteri merupakan isteri yang solehah dan sudah pastinya tidak sukar buat dirinya untuk membimbing si isteri ini.

Tanpa di sangka, dengan usia perkahwinan yang masih muda. Baru setahun setengah si isteri mula membuat perangai. Di ingatkan sekali lagi bahawa isteri si lelaki ini adalah seorang USTAZAH. Isterinya jatuh hati dengan seorang ustaz dan meminta cerai kepada si lelaki.

Ha, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Aku tak tahu kisah lanjut rumah tangga mereka berdua. Maksud aku jika mereka ada masalah peribadi lain. Aku memang tak tahu. Aku berkongsi setakat apa yang aku tahu jela. Ok, sambung cerita balik.

Oleh kerana tak tahan di desak si isteri, si lelaki ini dengan rasa berat hati terpaksa juga melafazkan talak kepada si isteri. Sekarang, tinggal la dia bersendirian mengharung hidup sebagai hamba Allah. 

Kesimpulannya, kita selalu berpendapat mereka yang mempunyai latar belakang kerjaya yang baik contohnya guru, ustaz dan ustazah merupakan orang yang baik-baik. Sebenarnya, mereka ni sama sahaja seperti kita. Mereka manusia biasa yang akan senantiasa melakukan kesilapan. Perkara seperti ini terpulang kepada hati dan diri kita sendiri. Jika kita bijak, maka kita mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik dan di redai Allah S.W.T. Jadi, sama-samalah kita jadikan peringatan kepada diri sendiri agar tidak melakukan perkara yang sama...

p/s: Orang yang tidak berhijab dan berpakaian seksi itu tak semestinya orang yang jahat. Nilai mereka melalui   HATI.

2 orang bagi komen:

cro~crong said...

betul,,betull,,

ana setuju,,

tp macam kau ckp lah,,kita tak tahu apa kisah peribadi dorg,,

hanya Allah saja yg tau,,

dan sebagai manusia jgn cepat menghukum org atas apa yang terjadi,,

semoga mereka bahagia dengan pilihan hidup mereka,,amin

Faz.M said...

ha ah..tu la..kt ni pon tau dr sblh pihak aje...bkn nk back up pempuan ke apa. Tapi, kalau nak slhkan dia sorang je pun tak blh jgk kan...