JOM KENAL BLOG SAYA

3:42 PM Faz.M 6 Comments


Santai Bersama BEN ASHAARI

Join segmen BA lagi. Nak tahu lebih lanjut? Klik Sini

Assalamualaikum...
Kenali aku sebagai Fazreen Misbae. Aku sekadar gadis biasa yang mahu menerokai dunia penulisan blog tanpa mengharapkan apa-apa. Alasan blog ini wujud kerana aku yang suka menulis. Jadi, tidak hairanlah jika si penjengah bakal melihat tulisan aku yang panjang berjela.

Aku tak pandai menulis sebaris dua. Aku suka explain dan explore banyak benda. Jika anda sebagai penjengah punya banyak masa, bolehlah menjadi pembaca yang setia. 

Setiap apa yang aku kongsikan lahir dari hati yang ikhlas dan pemikiran yang jelas. Dari situ anda sebagai pembaca boleh melihat warna sebenar aku. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tak banyak kisah peribadi yang dapat aku kongsikan kerana blog aku tidak seringkas blog yang lain.

Namun, jika ada kisah menarik yang dapat aku coretkan akan aku kongsikan buat anda semua. Jutaan terima kasih kepada yang menjadi pengikut setia. Biar jumlahnya sedikit tapi ia tetap tak mematahkan semangat aku untuk terus menulis dan berkongsi segala cerita, hujah dan pendapat aku buat semua.

Aku tidak mampu menjadi sepopular Hanis Zalikha. Tak mampu juga menarik ribuan pengikut seperti Elia juga tak terlintas menjadi sehebat Ben Ashaari dalam dunia blogger. Aku di sini kerana minat sedari dulu yang memang gemar menulis walaupun Bahasa Melayu ketika SPM hanya mendapat B3 :)

Biar tidak punya ribuan pengikut dan pembaca serta tidak popular. Aku tetap aku. Berada di sini kerana niat yang satu. I LOVE WRITING.... :D


6 orang bagi komen:

snOw sakura said...

singgah kembali.. thx sudi singgah my blog, happy blogging ya.. :)

gatang balas kunjungan..salam kenal

fahmi singgah sini sis...
yup...jum kasi gempak latest segmen dr en.ben ni (^_^)/

meyda said...

Actually, it's good to explain and explore something as long as it's beneficial to you and you just love it. :)

visit here, from Hannah..

Fadzmie said...

Salam perkenalan dari Fadzmie!
Jom singgah blog Fadzmie. :)

# segmen jom kenal blog #

Faz.M said...

thanks all sebab singgah sini.. :)