Mesti ke jadi ahli Gomen?

6:18 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Gomen tu apa? Ala, orang selalu cakap gomen tu government. Kerajaan. Aku tak tau kenapa ia dipanggil gomen atau memang sebutannya begitu. Aku bukan nak cakap soal politik atau apa. Tapi, aku bercakap sebagai seorang penganggur yang mesti berhadapan dengan dilema dalam kerjaya.

Bukan semua orang bernasib baik untuk mendapat kerja yang benar-benar puaskan hati dorang. Sacrifice maksud aku dari pelbagai segi. Kadang ada orang memang suka kerja tu tapi gaji yang diberi sikit. Namun, sebab tiada pilihan lain terpaksa juga kerja untuk tampung kehidupan dorang. Sampai bila mereka sanggup bekerja, tu terpulang kepada keinginan masing-masing dan setinggi mana kesabaran diaorang untuk terus bekerja dengan pendapatan seperti itu.

Apa yang aku alami sekarang ialah duduk di bandar kecik dan gaji pun kecik. Cukup setakat menampung kehidupan peribadi aku sahaja. Ya, memang aku dah dua kali tolak tuah bila dapat gaji yang orang kata cukup untuk diri aku dan keluarga. Tapi, aku kena positif walaupun awalnya rasa regret jugak. 

Oleh kerana, sikap aku yang terlampau memilih kerja ni. Parents aku mula meletakkan aku dalam keadaan terdesak. Mereka selalu bertanya sama ada aku ada dapat jawapan dari SPA. Aku bukan nak kata apa, entah apa kewajaran bila mendaftarkan diri dalam SPA sebab sejak aku mendaftar aku langsung tak dapat apa-apa feed back dari mereka. Nak update jawatan kosong kerajaan lagi la takde sedangkan emel sudah diberi.

Inisiatif lain adalah search di laman web jawatan kosong yang tersedia. Itu pun nasib baik ada. Kalau tidak memang takkan tahu ada jawatan kosong di jabatan kerajaan. So, apa rasional SPA8 itu diwujudkan? Aku tahu ini semua bergantung kepada nasib dan usaha kita sendiri. 

Aku tak nafikan yang aku memang kurang minat menjadi ahli gomen. Bukan sebab apa pun. Aku rasa memang susah nak dapat. Dulu bukan macam sekarang. Sekarang, semua orang berlumba-lumba untuk jadi ahli gomen sebab susah dapat kerja dan tawaran gaji yang sedikit bagi fresh graduate. Plus kerja gomen memang boleh jamin hidup korang masa tua nanti.

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran perihal 'kalau takde kabel jangan harap kau nak dapat kerja gomen.' Korang pernah dengarkan? Jadi, penganggur tegar seperti aku ni entah terletak dekat mana aku pun tak tahu. Ini adalah pengalaman seorang teman aku. Datang ke pejabat kerajaan untuk minta borang isi jawatan kosong. Nak tahu jawapan yang diterima, "Adik nak mohon ke?Tak payah la dik. Anak DO dah hantar borang."

Can you see what I mean?

Selagi perkara ni terjadi, jangan dok berangan la kau nak jadi ahli gomen. Aku tahu mesti ada orang cakap tak tentu jugak. Mana ada kemahuan di situ ada jalan dan ia bergantung kepada nasib. Kalau nasib kau baik dapatlah kau jadi ahli gomen. Kalau tidak kau tetap akan kerja di jabatan swasta jugak.

Macam-macam siri cerita menjadi ahli gomen ni aku dengar. Mungkin juga peluang aku tipis sebab apa yang aku belajar tak relate dengan apa yang dorang nak. Itu adalah dilema aku. Bukan aku tak mahu cuma aku   ni banyak fikir buruk dari baiknya. Haha. Kau memang sengal!

Kalau ada antara penjengah yang memang ahli gomen, aku nak tahu jugak pendapat korang dan macam mana korang boleh jadi ahli gomen. Ceciter dekat aku sikit ye. Mana la tau kalau-kalau ada statement aku yang salah, aku mintak maaf. Tolong perbetulkan aku.

0 orang bagi komen: