Papa tetap Papa...
Assalamualaikum...
Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Bukan juga paling teruk di dunia
Papa tetap Papa
Dan sangat istimewa di mata kami,
Anak-anaknya
Kalau diselami hati papa
Cubalah tanya...
Mudah ke menjaga dan mendidik
5 orang anak perempuan sekaligus?
Jawapan Papa pasti SUSAH..
Kerana setiap daripada kami
Punya 'pesen' sendiri
Itu adalah kata Papa kepada kami
Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tapi, Papa cuba memberi yang terbaik
Buat SEMUA anak-anaknya
Namun, adakah kami menyedarinya?
Harus akui bahawa kadang kala
Kami terleka dan TERLUPA
Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Kerana itu Papa tak pernah lari dari melakukan kesilapan
Tiada manusia yang tak pernah buat silap
Aku juga, SERING melakukan kesilapan
Sebagai ANAK aku harus belajar
Untuk memaafkan
Kerana Papa tetap Papa
Yang telah membawa kami ke dunia
Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tetapi Papa tak pernah memaksa
Papa beri kuasa penuh buat anak-anaknya
Memilih jalan hidup terbaik di dunia
Bila mata Papa aku selami
Sungguh sarat dengan kesakitan abadi
Tapi, Papa tetap Papa
Hanya simpan semuanya di dalam hati
Setiap hari aku berdoa
Sebagai peringatan diri sendiri
Agar tidak terus terleka
Melukai hati BAPA sendiri
Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tetapi, Papa tetap Papa
Bapa yang telah menjaga kami
Bapa yang sentiasa mengasihi kami
Bapa yang sentiasa menyayangi kami
Walau kerap di lukai......
2 orang bagi komen:
Akak, rasanya Father's day blm mula lagi.... selalunya org sambut time 3rd Sunday of Jun..so, tahun ni, 19 jun.. =D belum terlambat atau sudah terlepas..
ahaha..yeke fieza??xtau la plak..ingat mggu akhir bulan mei...ok la tu ek..da aade puisi utk bpk akak..huhu
Post a Comment