Papa tetap Papa...

12:41 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Mungkin entri ni lambat di publish kerana Father's day dah lama berlalu. Aku sendiri pun tak pasti tarikhnya bila. Tau2 je dah terlepas. Aku nak bercerita sedikit tentang bapa aku yang kami panggil sebagai Papa..

Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Bukan juga paling teruk di dunia
Papa tetap Papa
Dan sangat istimewa di mata kami,
Anak-anaknya

Kalau diselami hati papa
Cubalah tanya...
Mudah ke menjaga dan mendidik
5 orang anak perempuan sekaligus?
Jawapan Papa pasti SUSAH..
Kerana setiap daripada kami
Punya 'pesen' sendiri
Itu adalah kata Papa kepada kami

Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tapi, Papa cuba memberi yang terbaik
Buat SEMUA anak-anaknya
Namun, adakah kami menyedarinya?
Harus akui bahawa kadang kala
Kami terleka dan TERLUPA

Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Kerana itu Papa tak pernah lari dari melakukan kesilapan
Tiada manusia yang tak pernah buat silap
Aku juga, SERING melakukan kesilapan
Sebagai ANAK aku harus belajar
Untuk memaafkan
Kerana Papa tetap Papa
Yang telah membawa kami ke dunia

Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tetapi Papa tak pernah memaksa
Papa beri kuasa penuh buat anak-anaknya
Memilih jalan hidup terbaik di dunia

Bila mata Papa aku selami
Sungguh sarat dengan kesakitan abadi
Tapi, Papa tetap Papa
Hanya simpan semuanya di dalam hati

Setiap hari aku berdoa
Sebagai peringatan diri sendiri
Agar tidak terus terleka
Melukai hati BAPA sendiri

Papa mungkin bukan bapa terbaik di dunia
Tetapi, Papa tetap Papa
Bapa yang telah menjaga kami
Bapa yang sentiasa mengasihi kami
Bapa yang sentiasa menyayangi kami
Walau kerap di lukai......

2 orang bagi komen:

Akak, rasanya Father's day blm mula lagi.... selalunya org sambut time 3rd Sunday of Jun..so, tahun ni, 19 jun.. =D belum terlambat atau sudah terlepas..

Faz.M said...

ahaha..yeke fieza??xtau la plak..ingat mggu akhir bulan mei...ok la tu ek..da aade puisi utk bpk akak..huhu