Pergi Jauh-jauh la Saka oi!

11:58 AM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Mungkin agak terlambat untuk aku promote drama siri terbaru di slot Seram Tv3 ni. Tak kisahlah, aku nak jugak bagi sikit kredit kepada cerita ni. Selalunya slot seram ni kita disajikan dengan cerita seram yang tak habis-habis berkenaan dengan jin la, saka keturunan la, hantu yang macam-macam jenis.

You Saka Pergi Jauh-jauh juga tak kurang sama jalan ceritanya. Mengisahkan tentang saka yang harus di warisi oleh Nia lakonan Eira Syazira. Ha..tapi apa yang korang dapat tengok dalam siri ni sedikit berbeza kerana ia berunsurkan komedi. Saka dia pun memang tak menakutkan. Just pakai costume tengkorak Aci-aci bukak pintu aje. 

Kalau nak kata cerita ni lawak sebab ada Nabil sebagai Adrus tak jugak sebab si Fauzi Nawawi (Pak Berahim) lagi kelakar kot. Haha. Memang tak boleh blah la bila episod semalam dia nak start jampi serapah hantu tu, dia nyanyi lagu Bon Jovi. Haha. Aduyai..memang pecah perut la. Tak tahan, tak tahan.

Aku rasa suara aku ketawa mau dengar satu taman. Kui..kui..

Habis tu, memang tak boleh nak control la. Feel dia sama macam tengok Maharaja Lawak setiap minggu. Aku jamin lepas keluar jer cerita ni lepas ni mesti production lain buat tema yang sama. Komedi seram. Syok ape layan cerita camni. Aku pun dah bosan dah tengok cerita seram hantu-hantuan yang bukan-bukan macam selalu tu. Buat orang lain fobia aje. Padahal, Islamkan dah kata itu semua mainan syaitan untuk kelirukan manusia. Hantu tu tak wujud tapi alam ghaib memang wujud.

Wah, bersyarah la pulak aku ni kan?Haha. So, apa tunggu lagi. Kalau terlebih masa boleh pergi ke Tonton untuk tengok You Saka Pergi Jauh-jauh ni sebelum korang ketinggalan jauh ke belakang ye... :)

Nabil dan Eira sebagai teraju utama YSPJJ

2 orang bagi komen:

anis pun tengok jugak..memang kelakar..budak2 pun x takut nak tengokk.hihi

tag:
http://anysspunyeblog.blogspot.com/2011/06/1st-anniversary-my-online-boutique.html

Faz.M said...

tau xpe...cmni la bru enjoy nk tgk tv kan... :)