Pujian untuk Kedai Runcit

2:34 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum....
Hari ni nak kongsi sedikit cerita mengenai sebuah kedai runcit di taman tempat aku tinggal. Ada sebab la kenapa aku beria benar nak cerita pasal kedai runcit ni. Servis yang dia bagi memang MANTOP! Pada aku memang susah nak cari kedai runcit yang betul-betul bagi layanan yang baik pada setiap customer dorang.

Macam kedai ni. Setiap kali aku pergi mesti dia akan tanya apa yang kita nak. Lepas kita dah cakap apa yang kita nak dia terus pergi cari dan bagi pada kita. Memang pantas la pekerja-pekerja dorang ni.

Lepas tu, kalau kita beli barang-barang yang berat macam beras atau gas dia akan tolong bawak masuk dalam kereta. Walaupun la sampai ke rumah kita jugak yang beria mengangkut beras dengan gas tu sendiri. Hehe..

Kalau pergi kedai ni, tak sampai 10 minit kita dah siap berurus niaga dengan dorang. Mudah dan cepat sebab kita memang tak payah nak bersusah payah pergi cari barang yang kita nak. Semua dorang yang tolong carikan untuk kita. Harga barang dia pun lebih murah dari kedai lain dan juga Giant.

Bak kata adik aku, Kedai Ayam Segar BB ni kalau buat drive thru pun bagus jugak. Ahaha. Lagi bagus kalau macam tu kan? Aku memang tak pernah jumpa lagi kedai runcit yang servisnya sebaik ni. Tak tau la aku kalau kat tempat korang ada kedai yang sama camni gak. Kalau nak share dengan aku boleh juga. :)

ini la kedai tu... :)

2 orang bagi komen:

btullah,,,biasanye kedai2 lain,,masa baru2 bukak je baikk,,layanan tip top,,pastu ke laut,,,

tp die sampai skg baekk pny,,

bukan kah kedai die sedikit mahal??

hehehe

dlu mahal, tp, mak kte skrg da murah la...sbb dia nk compete dgn k-mart kot...