Review: Filem Karak

6:07 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum....
Aku tau mungkin aku agak ketinggalan untuk memberi komen tentang filem Karak ni. Walaupun jarak dari rumah untuk pergi ke MBO atau Big Cinema sekadar 10 minit. Tapi, aku still tak pergi menonton. Last film yang dapat aku tonton di panggung ialah Kongsi hampeh. Padahal akak aku yang belanja tu. Heheh.

So, korang pun mesti tau yang Karak dah mula ditayangkan di Astro First. Aku pun tak lepaskan la peluang untuk menonton. Tapi, bukan di channel astro yang buat ramai pengarah tak puas hati tu. Aku menonton di Youtube bersama adik, kakak dan si kecik Iskandar (dia buat dek jer...hehe).

Belum start cerita dah berdebar-debar nak tengok. Hantu dia yang mula-mula tu memang...Memang menakutkan. Entah ape ghupenye pun aku tak tau. Pelik semacam aje. Katanya filem ni based on the true story. Jadinya, kisah-kisah yang terjadi kepada 4 orang anak muda tu betul la kot. Aku pun tak pasti.

Apa yang aku nak komen? Pelakon-pelakon dia? Semua AWESOME! Great job la walaupun Shahir (Nik), Shera (Zura) dan Kila (Ida) baru first time berlakon filem. Semua bagi full commitment untuk movie ni. Aku paling tabik spring pada Shera Aiyob. Ala tunang si Daim tu. Macam tak percaya yang dia memang ada bakat jadi pelakon. So natural. Dan tak nampak dibuat-buat atau baru belajar. Ekspresi wajah memang menjadi.


Dia dengan Shahir yang jadi couple dalam movie ni memang nampak sweet sangat. Paling memberi kesan pada aku adalah kewajaran kita sebagai hamba Allah untuk mengerti dan dalami maksud Ayat Kursi. Tak cukup jika kita hanya menghafal tapi tak tau maksud. Yang kita tau, ayat kursi tu boleh elak dari diganggu syaitan. Fikir-fikir balik, kalau kita tak faham betul-betul tiap baris ayat tu tak guna jugak kan? Moral filem ni terletak kepada scene di mana Shera mengucap maksud setiap baris ayat kursi.

Ending. Satu perkataan saja. Touching. Memang sedih gila bila rupanya Shahir pun maut dalam kemalangan tu dan terpaksa berpisah dengan buah hatinya. Erm..tiba-tiba terasa rugilah pulak tidak pergi menonton dipanggung kerana kualiti video yang teruk di YT. Aih, nasib le kalau nak tengok free ye tak?

Habis tengok Karak aku sempat bagi Tweet pada Shera sebab tengah teruja tengok lakonan mantap dia dan kebetulan dia memang tengah online. So, kembang kempis hidung aku ni bila dia reply tweet aku tu. Hehe. Dah jatuh hati pada both of them pula. Dulu ZA, sekarang pada SA pula. Moga dorang cepat-cepat kahwin dan bahagia la hendaknya.



0 orang bagi komen: