Review Novel: Rindu Di Awan Biru

8:29 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum...
Lama betul aku tak buat review untuk novel ek?Hehe. Novel ni aku dah habis baca seminggu yang lepas. Rindu Di Awan Biru adalah karya terbaru dari Meen Zulaikha. Ala, drama kebabom yang korang yek-yek tengok kat tv tu inilah penulis yang buatkan watak Nora Elena dan Seth Tan tu wujud.

Pada aku karya terbaru beliau ni tak sehebat Kasih Yang Suci sebab jalan ceritanya macam nak cepat-cepat habis. Awal-awal beria benar bercerita soal si Akmal pilot bergaya tu. Tup-tup bila dah masuk bab kantoi dia kahwin dua dengan bini first dia, tak pasal-pasal pulak watak Shah jadi main character pada ending novel ni. 

Kisah Akmal yang dibaca sedari awal hampir ke penghujung kisah lenyap macam tu aje. Em, mungkin jugak la penulis tak cukup masa atau takde idea. Itu, tak tau la aku. Sayang sangat sebab cerita ni bagus dan ada peluang yang tinggi untuk sampai 800 muka surat. Tapi, tu la. Hak penulis la nak habiskan cerita tu macam mana pun kan?

Wokeh la, pada siapa peminat novel boleh baca la Novel Rindu Di Awan Biru ni sambil tambah info pasal tourist dan pilot. :)

0 orang bagi komen: