Seru: review

11:37 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum...
Filem ni memang dah lama pun keluar kat panggung. Oleh sebab aku tak pergi menonton tunggu jela ia muncul di Youtube. Ada la berapa hari yang lepas aku tengok. Boleh tahan jugak la movie ni. Seram. Menjerit-jerit aku tengok.

Adik aku kat sebelah dah buat muka pelik. Mau tak nye dah aku tengok dengan headphone di kepala. Dia mana la nak dengar apa yang aku dok tengah layan tu. Heheh. 

Serius cakap elemen seram dia memang menjadi la. Banyak kali gak aku terkejut nih. Hantu dia memang tak boleh blah der...lagi-lagi time dia jumpa budak tengah nyanyi dok atas buai. Boleh pulak dia sibuk nak tegur. Aduyai, kalau aku memang tak la..

Mengisahkan krew penerbitan filem yang dah salah pilih lokasi pengambaraan sehingga menjadi mangsa pembunuhan kepada sebuah keluarga orang asli di sana. Menariknya filem ni dia hanya menggunakan video kamera untuk merekod jalan cerita.

Tapi, darah-darah yang menyembur sana-sini tu memang akan buat korang geli la. Kalau la korang tak tahan tengok darah tu better tak yah tengok kot. Hehe. So, jangan lepaskan peluang tonton movie ni di Youtube k...

Use this link to watch: Seru 2011-1

0 orang bagi komen: