Status?

11:07 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Peristiwa seminggu yang lalu...
Tamat saja lunch kitaorang semua masuk bilik meeting balik. Kak D dan Si W pergi solat. Dan Aku? Aaaa...cuti da..heheh. While waiting for the other, aku dan Si Z just duduk di bilik meeting dan berborak. Hari itu merupakan hari kedua kami berkenalan.

Aku menyeluk poket beg dan keluarkan handphone. Nama adik aku tertera di skrin. Sedang bercadang nak reply mesej dia, Si Z serkap jarang. "Mesej pakwe ea?"


Hah????

Aku cool la dan dengan selamba berkata. "Akak takde pakwe la." Iyalah tu". kata dia macam tak percaya.
Owh, nampaknya kena cakap jugak la ni. Tarik nafas...

"Betul, takde. Akak dah lama single. Dah _tahun kot." (saja jela tu tak nak bagi tau dah berapa lama..haha)
Rahang si Z dah jatuh. "Yeke?"

Ok, stop cerita sampai situ saja ye. Penting sangat ke status seseorang tu pada orang lain ek?
Eh, gila tak penting. Kalau tak, takkan kat dalam form pun kena isi bujang ke dah kahwin.
Betul gak tu kan? Tapi, dalam form takde pulak tanya yang kita ni dah berpakwe atau bertunang.

Pada aku tak usah la nak persoalkan lebih2 bila orang lain dah kata yang dia single dah lama. Mungkin orang tu selesa macam tu. Iya, aku lebih selesa single lepas berhadapan dengan calon yang tak berapa nak sesuai setahun yang lepas. Konon dah ada pengalaman tapi still buat mistake yang sama bila berhadapan dengan lelaki yang aku baru kenal.

Aih, itu la salah satu kelemahan aku. Aku sedang cuba baik pulih keadaan. Haha. Kata adik aku, aku ni terlampau fikir soal pasangan hidup. Aku cakap tak la just kadang2 ia buat aku terfikir. Aku pun takde la sibuk nak cari walaupun selalu berseloroh dengan mak aku, "Carikan akak doktor sorang mak." Huhu. Itu adalah gurauan semata-mata.

Kalau betul-betul di tilik perasaan aku pun, aku memang belum bersedia ke peringkat tu. Keje pun tidak. Ada hati nak bina mahligai?Heheh. So, istilah just follow with the flow memang selalu tersemat dalam kotak fikiran aku. 

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Tapi, hanya tuhan yang menentukannya... :)

0 orang bagi komen: