Support Each Other

8:07 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum..
Berikutan dari entri aku Tentang Fahmi siang tadi. Fahmi telah memberi respon balik terhadap entri aku. Wah, terima kasih daun keladi ye dik sebab siap buat satu entri khas sebagai tanda terima kasih dia buat aku.


Entri dari Fahmi tentang aku.. :)


Di sebabkan entri tu tiba2 buat aku terfikir, sebagai blogger kita memang patut support each other dan kongsikan perkara-perkara yang baik dan menarik untuk menjadi bahan bacaan orang lain.

Kalau kita tak saling menyokong memang takde hala tuju la dunia blogging ni. Kebanyakkan orang buat blog pun kerana nak kongsikan sesuatu yang ada pada diri mereka. 

Jadi, selagi apa yang di kongsikan itu membawa manfaat kepada kita bersama tak salah untuk kita support orang tu. Apa yang aku buat untuk Fahmi sekadar pendapat yang ikhlas. Sebelum ni pun aku pernah buat entri tentang Hanis Zalikha

Bezanya HZ merupakan blogger yang famous. Awal2 entri aku Tentang Cik Hanis ketika itu followernya baru 5000 lebih. But, last week masa aku menjengah kembali dah meningkat ke angka 27 000 follower. Dasyat kan penangan Cik Hanis?

Tiada salahnya sekiranya aku bercakap tentang blogger yang baru setahun jagung asalkan aku nampak kelebihan yang ada pada dia. Next time, kalau aku terjumpa blogger2 yang berpotensi pun mungkin akan aku buat satu entri pendapat aku mengenai mereka.

Actually, aku pun masih baru untuk ketahui blogger yang dah otai orang kata, macam Cik Epal dan Fatin Liyana. Not bad juga follower mereka.

Akhir kata, heheh. Macam berucap pula. We must support each other and tak patut bermusuhan antara blogger ok. Tak baik tu. See u all in the next entry.... :D

2 orang bagi komen:

betul tu sis...we have supot to each other baru kita sama2 maju..mcm en.ben kita tu..dia sllu supot blogger baru...fahmi suka entri ni..
terus singgah ke blog fahmi yew..
insyaAllah..jika kita trus b'usaha, benda yg mustahil pun kita ble dapat :)

Faz.M said...

Insyaallah, ade masa mesti baca punye.. :)