Tak patut betul la...

11:36 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum....
Mata mengantuk gila sebenarnya ni sebab waktu tidur yang tak betul. Eheh..Yek2 jer...
Beberapa hari lepas aku ada bermimpi. Mimpi yang pada aku memang kelakar. Hehe. Nak tau aku mimpi apa? Aku mimpi jumpa dengan Hanis Zalikha.

(blogger mana yang tak kenal this luvly girl? cuba cakap?)

Ek eleh, apa yang kelakarnya. Pada aku ia kelakar sebab apesal pulak beria benar Cik Hanis cantik jelita tu boleh masuk dalam mimpi aku ek?

Aku tau dah sebab apa. Sebab adik aku baru daftar di tempat yang sama dia belajar. Jadinya, selalu la berangan-angan kot2 terserempak dengan dia. Haha. Gila tak hengat anganan kau tu!

Yang kelakarnya lagi, mak si HZ ni boleh pulak bertukar jadi Erra Fazira. Mak dia yang dalam mimpi aku ni tak bagi aku keluar dengan HZ. Sedangkan aku dah excited gila ni!

Adoyai, gila tak sedih time tu. Hahaha. Punya la dasyat pengaruh si HZ dalam hidup aku sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Memang tak patut. Kalau termimpikan Dato' Siti ke, Yuna ke..Logik la jugak sebab aku peminat kipas susah mati diaorang berdua. :p

Tapi la kan..Kalau la betul2 aku dapat jumpa pemilik nama Hanis Zalikha ni alangkah..Bestnye..... :D

Image from: beritasensasi.net

0 orang bagi komen: