Lagu Luahan Hati Seorang Wanita

7:27 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Pagi semua...Hari ni nak share tentang lagu baru Stacy yang tengah hangat di pasaran. Kenapa aku beria nak share? sebab lagu ni merupaka luahan hati seorang wanita terhadap kaum lelaki. Tak percaya? cuba hayati bait-bait lirik lagu ni dari awal sampai akhir.

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka                      
(OK, aku memang dah lama sedar yang aku ni biasa-biasa aje...)
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas        
(Tang ni memang dah jelas cakap apa yang aku mampu beri hanya la hati)
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya                
Mencintai aku bukan kerana rupa                
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
(Masuk je korus memang touching gila...
Please love me the way i am ya...)
Mencintai aku dengan seadanya                    
Sanggup menerima insan tak sempurna            
Atau mungkin cinta sebegitu hanya                    
Kisah dongeng saja
(Ada ke orang yang boleh terima aku seadanya aku?  
Atau betul kata stacy, tu semua kisah dongeng aje?)

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan                 

Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
(Pernah tu pernah tapi tak tau dorang betul-betul ikhlas ke tak..)
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman              

Tulus mencurah kasih sepenuh hati
 (Cinta itu harus setia, tu je aku nak cakap..)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Orite, dah nampak apa yang aku cuba nak sampaikan? Mungkin jugak ia relate dengan kisah hidup korang sendiri. Maksud aku orang perempuan. Yang lelaki jangan sibuk-sibuk...haha. Nak lagi jelas, sila layan video klip Stacy di Youtube..heheh

0 orang bagi komen: