Aurat wanita Islam terhadap wanita bukan Islam

4:04 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum....
Isu ini aku usulkan sebab tak nak orang pandang remeh berkenaan dengan hal yang satu ini. Dulu, aku memang tak alert. Perkataan lebih tepat adalah 'tak tahu'. Tapi, masa 1st sem dekat poli dulu, time duduk hostel aku pelik kenapa dia asingkan bilik orang Islam dengan orang bukan Islam. Kiranya, kitaorang ni takkan duduk sebilik dengan perempuan cina, india atau kristian Sabah.

Info ni aku ambil dari e-nota Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil. Jadi, aku mahu kongsikan bersama kalian semua.

Aurat di hadapan wanita kafir


Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir; 

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi'ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.

 b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi‟ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi‟ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah.

15 Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

14 Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89. 15 Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 90.

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali.

 Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.

Ok, itu saja yang dapat aku kongsikan untuk hari ini. Kalau ada yang tak faham dan berasa sangsi korang boleh la buat kajian sendiri melalui buku-buku atau tanya pendapat guru agama. Sekian...


0 orang bagi komen: