Being Independent

3:22 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum....
Semakin kita dewasa, semakin kita belajar cara untuk mengatur hidup sendiri. Setiap keputusan yang kita buat merupakan penentu masa depan kita. Kiranya, setiap daripada kita mesti tahu dan belajar untuk berdikari. Cara untuk bawak diri kita di mana saja kita berada. Takkan nak harap pada mak ayah sampai bila-bila betul tak?

Time budak-budak (Kanak-kanak)
Masa sekolah rendah la. Dari darjah 1 sampai 3 mesti mak yang gosokkan baju, basuhkan kasut sekolah dan sediakan semua kelengkapan nak pergi sekolah. Kalau yang ada kakak macam aku, dia la yang tolong kasi settle semua benda ni. Time ni memang kononnya tak tahu nak buat semua benda. Bila dah besar sikit, area darjah 4 hingga 6 mula la buat benda sendiri. Dah pandai cari makan sendiri. Tak yah nak tunggu mak jerit, "Jom makan!"

Time Remaja (13 hingga 18 tahun)
Ok, range umur yang aku bagi tu ikut pengalaman aku walaupun teenagers sebenornye sampai umur 21. Ikut suka aku jelakan nak taip ape pun. Heheh. Time umur 13 ni still mak yang masak, siapkan makan buatkan air untuk sarapan dan minum petang. Bergantung kepada pengalaman korang ye. Pastu sikit-sikit mula berinisiatif untuk buat sendiri. Mula dengan buat air. Punya la skema gula berapa sudu, susu berapa sudu pun nak tanya mak. Padahal ikut rasa lidah sendiri boleh aje. Haha. 

Pastu start umur 17-18 tiba-tiba minat masak tu datang sendiri. Aku, belajar masak memang sendiri. Lepas SPM tu time dok kat umah dan mak pergi keje, masa tu la balun segala benda kau nak belajar. Pandai-pandai la nak hidup. Takkan nak tunggu mak balik keje baru nak makan kan? Bila ada benda yang betul-betul tak tahu ni macam bahan apa yang patut dan tak patut letak barulah call mak, tengah keje sibuk menanya. Sian mak. :p

Time pertengahan remaja 18-21 tahun)
Gila banyak krisis yang berlaku dalam hidup. Time ni baru tahu dan kenal apa itu pengalaman. Dari bercinta, frust menonggeng, quit study. Wah, gila tak gila la time ni. Time umur ni jugak la baru betul-betul kenal apa istilah berdikari. Mula dengan amek lesen kereta lepas SPM. Haram jadah aku memang tak pernah langsung pegang gear kereta tu masa register driving school. Tau-tau bedal aje belajar step by step. Naik jenuh uncle tu ngajor aku yang bendul ni ha. Sampai hari bertemu JPJ, ha amek kau! repeat jalan raya sampai 3x akibat dari perangai sengal tak improve bila bawak kereta. Haha. First time kena drive dekat highway seorang diri, menangis bagai nak rak macam,'kau akan mati kalau bawak kereta dekat highway'. At least, itu yang aku fikir time tu.Tapi, sekarang. Alhamdulillah ok la sket walaupn la tak lepas parking petak. Walhal, itu yang aku lulus dulu. 

Pastu dapat pulak pengalaman berjumpa macam-macam orang time keje 10 bulan dekat Guardian. Bila keje, aku admit. Banyak yang akan kita belajar. Study balik, lagi macam-macam orang kita jumpa. Cerita macam mana aku menyewa sorang diri kat rumah sewa, menyewa dengan orang dah keje, menyewa dengan budak-budak yang sosial. Itu pengalaman unutk ke peringkat kedewasaan. Masa ni kira memang dah betul-betul tahu nak urus diri sendiri sebab mak ayah tak ada di sisi.

Time 22 dan ke atas
Aku masih baru dalam range umur ni. Setiap hari merupakan hari untuk aku belajar tentang hidup. Masa untuk belajar tentang erti kedewasaan terutama cara mengatur hidup agar jadi lebih baik. Masa untuk kita lebih matang dari pelbagai sudut. Dari pemikiran, percakapan dan perbuatan. Insyaallah aku cuba dan berusaha untuk menjadi anak, manusia dan hamba Allah yag lebih baik. 

2 orang bagi komen:

SITI ARFAH said...

Moga hari2 kita sntiasa dipenuhi dgn perkara yg bermanfaat. :). Smkin bertmbh umur kita bermkna smakin dkt kita dgn kematian. Sama2 lah kta sntiasa bermuhasabah diri. ^^

Faz.M said...

Insyaallah..mati tu pasti.entah bila ia dtg menjemput kita kita sendiri tak tau..tapi, kena sentiasa letakkan diri dlm keadaan bersedia... :)